suria

Sampai awal kononnya nak ambil mood... frontliner takut jarum suntikan siap minta kawan temankan ketika divaksin, ada kata suara macam teran bersalin!

Video Jay yang menjerit ketika mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 mencuit hati netizen.

KETIKA ini kerajaan rancak berkempen kepada seluruh rakyat agar mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi mewujudkan imuniti kelompok.

Jika ditelusuri di media sosial, ramai yang membuat perkongsian mengenai pengalaman ketika mendapatkan suntikan masing-masing.

Ada yang berkongsi foto 'wajib' di booth yang disediakan, ada yang berkongsi mengenai kelancaran proses di pusat pemberian vaksin (PPV) malah ada yang sempat berkenalan dengan orang baharu ketika mendapatkan vaksin!

ARTIKEL BERKAITAN: Takut jarum suntikan disebabkan fobia... Ketahui 3 cara mengatasinya

ARTIKEL BERKAITAN: Punyalah ramai orang di PPV, wanita nak cucuk vaksin tak sangka dapat kaunter dijaga bekas suami - “Pakai mask tapi saya cam dia”

Namun tidak kurang ada juga yang berkongsi pengalaman lucu dan tidak dapat dilupakan sebagaimana pemuda ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, pemuda ini berkongsi video detik lucu di mana dia berdepan dengan fobia terhadap jarum suntikan sehingga terpaksa ditenangkan beberapa rakan lain ketika mahu diberi suntikan.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 1.4 juta jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam ia dimuat naik!

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Jay berkata dia sememangnya mempunyai fobia terhadap jarum suntikan atau 'trypanophobia' sejak di sekolah rendah lagi.

"Saya sebenarnya takut nak ambil suntikan sejak dulu tapi memandangkan saya salah seorang daripada frontliner, perkara ini sangat perlu untuk melindungi diri daripada risiko. Jadi saya pun setuju.

"Video yang saya kongsikan tu adalah sewaktu ambil dos kedua. Masa ambil suntikan dos pertama pun sama juga situasinya. Saya siap bagi kawan-kawan frontliners lain dulu ambil suntikan dan saya paling last sekali... pertamanya sebab takut saya ambil masa lama, dan kedua segan orang tengok.

"Masa hari suntikan tu, saya siap datang awal dekat fasiliti kesihatan tempat saya bekerja. Nak ambil mood dulu. Tapi bila sampai giliran saya, memang berdebar tak boleh bincang.

ma baru 1

Jay sudah lebih tiga tahun bergelar seorang frontliners.

"Yang di sekeliling saya masa kena suntik tu semua kawan-kawan frontliners termasuk jururawat yang beri suntikan. Semua dah tahu saya fobia dengan jarum. Itu yang ramai bagi semangat... tapi masa itu kami sahaja, tiada orang awam dah yang ambil suntikan," kata pemuda berusia 26 tahun ini.

Mengimbas kembali insiden 'trypanophobia' yang dialaminya, Jay berkata dia pernah melarikan diri sewaktu petugas kesihatan datang ke sekolah untuk memberikan suntikan kepada para pelajar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Masa tu saya lari dan menyorok sampaikan abang dan kakak yang belajar di sekolah sama cari saya. Akhirnya esok saya terpaksa juga kena suntik.

"Begitu juga tidak lama dulu ketika kaki saya terpijak kaca hingga luka besar. Tapi saya sanggup minta doktor tak jahit sebab terlalu takut dengan jarum.

"Saya terpaksa cuci luka selalu dan pastikan tiada jangkitan... sebab saya pun tahu kerana ambil bidang perubatan juga. Memang luka tu ambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.

Tidak lama dulu ketika kaki saya terpijak kaca hingga luka besar, tapi saya sanggup minta doktor tak jahit sebab terlalu takut dengan jarum.

JAY



"Walaupun begitu, saya tiada masalah untuk menyuntik pesakit. Saya cuma fobia apabila disuntik," ceritanya yang berkhidmat di sebuah fasiliti kesihatan di Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu.

Tidak menyangka videonya menjadi tular, Jay berkata dia sekadar mahu berkongsi insiden lucu di samping memberi mesej positif kepada orang lain agar sama-sama mengambil suntikan vaksin Covid-19.

"Tak sangka, bila saya share, ramai juga kongsi mereka juga alami fobia yang sama. Jadi secara tak langsung, video ini dapat beri mesej agar mereka yang sama seperti saya untuk berani berdepan dengan fobia ini. Alhamdulillah, saya berjaya juga harungi walaupun dekat 10 minit duduk.

ma baru 2

Jay kini bertugas di sebuah fasiliti kesihatan di Pulau Pinang.

"Ada juga komen lucu yang kata saya macam meneran untuk bersalin. Tapi masa itu memang ngilu sebab jarum masuk dalam isi. Ada juga kawan-kawan lama yang mesej dan beritahu mereka masih ingat insiden masa sekolah rendah dulu.

"Apapun saya nak sampaikan, kepada semua yang layak, daftarlah untuk dapatkan vaksin agar kita semua dapat wujudkan imuniti kelompok. Sampai bila kita nak lockdown. Ini semua untuk kesejahteraan di masa hadapan.

"Lagipun mereka yang divaksin ini kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 dan kalau dijangkiti, ia mengurangkan seseorang itu mendapat kesan yang teruk," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain