suria

Lelaki ini tunjuk reaksi ‘over teruja’ terima hadiah lukisan kanvas daripada makwe, ramai tersengih tengok video dikongsi - “Selalu saya lukis atas kertas je”

Reaksi Irsyad yang terlalu teruja apabila mendapat lukisan itu mencuri perhatian netizen.

SIAPA yang tak teruja apabila mendapat hadiah hari jadi yang dibuat khas oleh insan tersayang.

Begitulah reaksi seorang pemuda apabila kekasihnya yang merupakan seorang pelukis menghadiahkan sebuah lukisan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke- 22.

ARTIKEL BERKAITAN:Basah ketiak! Jurugambar gigih berlari rakam foto kahwin sendiri, tak sempat kejar ‘10 saat’... mujur ada penyelamat, dapat pengantin posing sakan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada album, peminat Kpop selit duit celah buku je... wang terkumpul RM350 dalam 4 bulan, agaknya apa ejen makanan Korea ini beli?

Menerusi satu video yang dimuatnaik oleh teman wanitanya, Muhd Irsyad Mohd Said, 22, kelihatan begitu gembira apabila menerima hadiah tersebut.

"Cantiknya... dari bawah cantik, dari atas cantik, kiri cantik, kanan cantik... depan-depan lagi cantik," kata Muhd Irsyad sambil memeluk lukisan tersebut ketika ia diserahkan kepadanya di dalam kereta.

Rakaman video tersebut meraih hampir 900,000 tontonan di TikTok dan rata-rata netizen terharu melihat reaksinya yang sangat menghargai lukisan itu.

Pelukisnya, Ayu Nasuha Abdul Latif, 22, memberitahu ini merupakan kali pertama dia menghadiahkan lukisan yang dilukis di atas kanvas kepada teman lelakinya.

"Selalu bagi lukisan atas kertas seni je, tak pernah bagi yang kanvas. Jadi dia saya buatlah satu sempena ulang tahun kelahirannya pada 25 Julai lalu.

"Dia punyalah teruja sampai asyik berulang kali memuji 'cantiknya... cantiknya'. Saya tak terkejut sangat pun dengan reaksi dia yang macam tu sebab dia memang jenis gila-gila.

"Sebenarnya Irsyad seorang yang matang kalau dalam bab kerja. Cuma bila dengan saya je dia jadi over sikit.

fjhkshfk

Irsyad terlalu teruja apabila melihat betapa cantiknya lukisan yang dihasilkan oleh Ayu.

"Saya agak terkejutlah bila warga TikTok terharu dengan reaksi dia yang sangat menghargai hadiah pemberian saya," katanya yang berasal dari Kulim, Kedah.

Mesra disapa Ayu, dia mendedahkan bahawa sebenarnya Irsyad adalah seorang yang pendiam sewaktu permulaan perkenalan mereka pada awal tahun lalu.

Malah pada ketika itu, wanita inilah yang memulakan langkah pertama untuk mengorat teman lelakinya.

"Kalau nak tahu, sebenarnya saya yang mengorat Irsyad dulu. Kenal pun sebab Irsyad dulu pernah menjadi jurugambar ketika sesi photoshoot hari jadi saya pada tahun lalu.

"Waktu awal-awal kenal dulu dia seorang yang pendiam, jadi saya pun makin seronoklah mengusik dia.Setiap hari saya chat dengan Irsyad kononnya nak tanya pasal fotografi, padahal waktu tu memang dah suka dia.

"Bila dah selalu chat tu, saya pun ajaklah dia buka puasa bersama saya. Saya terkejut juga dia setuju.

Lukisan tu saya ambil masa dalam sehari je untuk siapkan.

AYU NASUHA ABDUL LATIF

"Irsyad sendiri yang bertanya pada saya 'awak suka saya ke?'.Waktu itu dah tak kisah pun kalau kena reject, cuma beranikan diri dan mengaku saja yang saya sukakan dia," kata pemegang Diploma Geomatik dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.

Menurut Ayu, dia sememangnya minat dalam bidang lukisan sejak dari sekolah rendah lagi dan hanya mempelajarinya melalui YouTube.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia mengambil masa dalam sehari sahaja untuk menyiapkan lukisan dalam video tersebut.

dsfsd

Kini Ayu merupakan penolong jurugambar kepada Irsyad dan mengambil tempahan lukisan kanvas.

"Saya minat melukis sejak sekolah rendah lagi, lebih-lebih lagi lukisan yang comel. Saya tak ada pergi ke kelas pun, cuma belajar melaui YouTube sahaja.

"Lukisan tu saya ambil masa dalam sehari je untuk siapkan. Sebelum ini memang Irsyad pernah belikan barang untuk melukis sebab nak suruh saya buat lukisan untuk ditampal pada dinding biliknya.

"Sekarang ni saya menjadi penolong jurugambar kepada Irsyad. Kalau apa-apa idea untuk shoot produk, dia suka tanya pendapat saya. Selain itu, saya baru mula mengambil tempahan untuk lukisan atas kanvas bagi menjana pendapatan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain