suria

Anak didik Amir Jahari akui masih takut nak kongsi video walau ada bakat, tapi respons di TikTok ‘lain macam’ - “Lena sekejap, bangun terkejut tengok views”

Anak bongsu daripada dua beradik itu juga kini aktif mempelajari teknik penulisan lagu dan sudah ada 30 karya ciptaan sendiri.

NYANYIAN penuh bersahaja, namun penangannya luar biasa!

Begitulah kisah mengenai gadis ini apabila video cover lagu Know Me Too Well yang sedang trending di TikTok meraih lebih 300,000 tontonan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Menurut Nurun Nasuha M. Razali, 22, dia yang turut memetik ukulele dalam video itu terkejut dengan reaksi yang diterima memandangkan ia merupakan percubaan pertamanya berkongsi cover nyanyian di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM keliru... nak jadi penyanyi macam idola Khai Bahar atau juruterbang - “Ada komen suara sengau, saya tak hiraukan”

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

"Saya ada YouTube sejak tahun 2012 lagi. Saya juga pernah kongsi video nyanyian di Instagram.

"Saya agak takut pada mulanya, sebab komen netizen berbeza di TikTok dan Instagram.

"Saya kongsi video di TikTok sekitar 9 pagi pada Sabtu. Saya lena sekejap lepas tu, bangun tengok dah lebih 10,000 views.

"Dalam tempoh kurang 24 jam, dah dapat lebih 300,000 views. Terkejut gila," ujarnya berseloroh.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Dekwa mendedahkan mula meminati bidang nyanyian sejak sekolah rendah lagi.

Serius dalam bidang itu, dia turut mengikuti pengajian diploma dalam bidang Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) selama dua tahun.

Dekwa sebelum ini pernah mengikuti pengajian Muzik di Aswara.

"Saya minat menyanyi ketika sekolah rendah, mula dengan masuk pertandingan. Masa tingkatan dua baru saya rasa macam nak jadi penyanyi sebenar, mula simpan cita-cita.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kemudian saya masuk Aswara dan baru habis belajar tahun lepas. Tak ada perancangan nak sambung lagi, cuma sekarang saya ada buat bisnes tudung sejak dua bulan lepas.

"Lagipun abang dan ayah pun berniaga. Alhamdulillah sambutan OK, cuma sekarang perlahan sikit," ujarnya yang menetap di Rawang, Selangor.

Nasihat saya, ikut saja minat masing-masing.

DEKWA

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia menerima segala komen dengan hati terbuka baik mengenai mutu nyanyian mahupun paras rupanya.

Malah, dia juga kini aktif mempelajari teknik penulisan lagu dan sudah ada 30 karya ciptaan sendiri.

Menjadikan Misha Omar, Judika dan kumpulan Paramore sebagai rujukan, Dekwa menyimpan hasrat untuk menjual lagu-lagu ciptaaannya suatu hari nanti jika ada yang berminat.

"Saya juga memasang impian untuk jadi penulis lagu. Saya belajar menulis lagu di Pondok Seni bersama penyanyi Amir Jahari sejak Januari lalu.

"Kalau ikut task yang dah buat, saya ada dalam 30 lagu ciptaan sendiri, tapi tak buat betul-betul habis lagi.

Dekwa kini berjinak-jinak cipta lagu sendiri.

"Teringin juga nak bagi orang lain nyanyi. Pada masa sama saya nak simpan untuk diri sendiri. Dari segi inspirasi untuk mencipta lagu, biasanya berdasarkan pengalaman sendiri atau filem-filem," ujarnya.

Dalam pada itu kata Dekwa, mana-mana remaja yang meminati bidang seni tidak seharusnya takut untuk mengejar impian mereka.

Malah katanya, dia percaya akan konsep rezeki sekiranya sesuatu perkara itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

"Nasihat saya, ikut saja minat masing-masing. Kalau di Aswara pun, bukan kami belajar muzik semata-mata.

"Banyak lagi cabang seni lain yang saya pelajari sehingga boleh memberi keyakinan diri," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak