suria

Selamba je marah Aris! Video sapu sampah tepi buaya tembaga raih lebih 3.5 juta views, lelaki ini dedah punggung nyaris dibaham - “Terlintas nak cari kerja lain tapi...”

Video Mohd Rizal memarahi Aris yang 'mengusiknya' meraih jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

SEBUT sahaja buaya, sudah pasti terbayang di fikiran masing-masing sosok reptilia yang cukup agresif dan garang.

Sifat pemangsa yang ada padanya menjadikan ia antara haiwan yang paling digeruni manusia.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan keberanian seorang lelaki yang selamba membersihkan kandang buaya biarpun terdapat seekor 'sang bedal' yang cukup besar berhampirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu kampung terpana tengok Nyah tangkap King Kobra besar lengan, kenapa pula netizen kaitkan dengan Hantu Kak Limah?

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam tengok darah menitis dari bahagian enjin, rupa-rupanya ada ‘makhluk tumpang’! - “Dalam bilik boleh terhidu bau bangkai”

"Tak ada kerjalah nak bergurau... orang banyak kerja lagi ni," demikian kedengaran suara lelaki tersebut memarahi haiwan berkenaan yang cuba 'mengusiknya'.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih 3.5 juta jumlah tontonan, selain dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya kagum dengan keberanian lelaki berkenaan.



Mohd Rizal berkhidmat sebagai 'keeper' buaya dan ular di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka sejak 2018.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Rizal Manoor berkata sudah menjadi rutin hariannya sebagai seorang penjaga (keeper) buaya dan ular untuk membersihkan kandang haiwan berkenaan sejak hampir empat tahun berkhidmat di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, yang terletak di Ayer Keroh.

Kata lelaki berusia 36 tahun ini, bukan mudah untuk menjadi seorang 'keeper' reptilia tersebut lebih-lebih lagi bagi spesies buaya tembaga sebagaimana yang dilihat di dalam video yang tular itu.

"Buaya dalam video itu bernama Aris daripada spesies buaya tembaga. Aris dah berusia 50 tahun, mempunyai berat sekitar 800 kilogram dan panjangnya kira-kira 15 kaki. Aris ni paling garang dan nakal antara semua buaya yang berjumlah hampir 100 ekor di sini.



Mohd Rizal mempunyai kepakaran mengendalikan haiwan reptilia.

"Saya mula berkhidmat di sini pada 2018, sebelum ini saya pemandu peribadi kepada seorang VVIP. Tapi disebabkan minat kepada haiwan ini dari dulu lagi, saya buat penyelidikan termasuk di habitat asalnya.

"Bila mengkaji, kita boleh tahu pergerakan haiwan ini contohnya bila dia nak menyerang, bila dia terancam, macam mana mood dia dan sebagainya. Inilah antara persediaan macam mana nak bina 'chemistry' dengan buaya bila bekerja di sini.



'Chemistry' dengan buaya diperolehinya dengan mengkaji sifat haiwan tersebut.

"Selebihnya adalah dengan izin Allah. Saya percaya, jika nawaitu kita baik, insyaAllah akan berada dalam lindungan-Nya," kata anak jati Melaka ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sungguhpun begitu, Mohd Rizal berkata, dia tidak dapat melupakan peristiwa hampir dibaham reptilia berkenaan ketika mula bekerja di taman buaya tersebut.

"Masa tu musim mengawan. Ketika ini buaya betina yang akan jaga telur-telur. Haiwan ni jenis tak suka kalau ada orang masuk kawasan, seolah-olah terancam.

"Dipendekkan cerita, masa saya masuk kandang nak bersihkan, tiba-tiba seekor buaya betina kejar. Memang lari pecut terus panjat pagar... sikit lagi punggung nak jadi sasarannya.

Memang berbeza sangat dahulu dan sekarang. Sunyi tiada yang datang... dengan bermain-main bersama haiwan di sini sajalah nak lepaskan rindu.

MOHD RIZAL MANOOR

KEEPER TAMAN BUAYA DAN REKREASI MELAKA

"Memang ada terlintas nak cari kerja lain lepas insiden tu, tapi minat mengatasi segala-galanya. Cuma kena lebih berhati-hati," kata Mohd Rizal yang juga sering membuat perkongsian ilmu dengan pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam.

Bercerita lebih lanjut, Mohd Rizal turut berkongsi situasi di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka ketika ini yang ternyata begitu sunyi tanpa kunjungan orang ramai sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Mohd Rizal juga sering terlibat dalam perkongsian ilmu dengan pasukan bomba dan APM.

"Memang berbeza sangat dahulu dan sekarang. Sunyi tiada yang datang... dengan bermain-main bersama haiwan di sini sajalah nak lepaskan rindu.

"Namun untuk pengetahuan, Taman Buaya dan Rekreasi Melaka pada 12 Jun lalu menganjurkan lawatan secara maya... tak sangka ramai yang request nak tegok Aris. Secara tak langsung, orang akan ingat Aris sebagai 'ikon' di sini.

"InsyaAllah lawatan secara maya ini akan diteruskan sewaktu tempoh PKP. Namun harap-harap moga pandemik ni lekas reda dan orang boleh berkunjung ke sini semula," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain