suria

Batik cantik tak pernah lihat! Graduan Seni Bina buat ramai terpesona dengan sentuhan moden seni warisan... ‘curi’ ilmu mencanting di kilang, YouTube

Farah ada perancangan untuk menghasilkan saluran YouTube tidak lama lagi demi mengetengahkan warisan seni batik.

BATIK tak pernah luput ditelan zaman, malah corak yang dihasilkan kini diberi suntikan moden seiring perubahan masa.

Bagi yang sering melewati paparan di aplikasi TikTok beberapa hari lalu, mereka pasti terpana melihat video proses penghasilan batik oleh Farah Hanim Mohd Mohanshah.

Menurut pelukis batik berusia 29 tahun itu, dia merupakan graduan bidang Seni Bina Universiti Malaya (UM) dan mula mencanting batik sejak tahun 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Karya atas kanvas raih perhatian ramai, rupa paras pelukis turut dipuji - “Sampai sekarang saya anggap diri beginner”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 kali interview arkitek tak dapat, pelajar master tak persia bakat seni... Yuna, Neelofa pun perasan! - “Rasa macam menang anugerah”

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Farah mengakui berterima kasih dengan sambutan positif netizen terhadap karyanya baik menerusi TikTok, Instagram mahupun Twitter.

"Saya terlibat dan mula mencanting batik sendiri pada 2017. Sebelum itu, selepas tamat pengajian pada 2015, saya terus buat bisnes sendiri dengan menjual design batik sahaja.

"Mula-mula tak tahu macam mana nak buat, tapi saya pergi kilang dan lihat sendiri prosesnya. Tanya sikit-sikit, lepas tu baru saya berminat untuk buat dan canting sendiri.

Farah merupakan graduan bidang bidang Seni Bina Universiti Malaya (UM).

"Pada masa itu, saya pun tak boleh nak ikuti pengajian batik secara mendalam, sebab baru ada anak. Saya berkahwin seminggu selepas tamat belajar.

"Jadi saya banyak belajar sendiri dengan tengok YouTube. Ibaratnya saya bermula macam bidan terjun sahaja," ujarnya.

Menurut Farah, dia mula berkongsi video proses penghasilan batik secara suka-suka sahaja, namun terkejut dengan penerimaan ramai khususnya dalam kalangan orang muda.

Antara karya batik yang dihasilkan oleh Farah.

"Saya dapat banyak mesej daripada orang muda, mereka kata tak pernah lihat batik sebegini. Ada yang minta saya ajar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ramai yang minat, cuma tak tahu nak mula dari mana, bagaimana nak dapatkan barang, kelengkapan dan sebagainya. Saya pun bermula begitu juga pada awalnya.

"Saya gembira karya batik ini dapat perhatian. Jika ada yang bertanya apa-apa soalan berkaitan batik, saya akan cuba jawab semuanya," ujarnya lagi.

Mereka kata tak pernah lihat batik sebegini. Ada yang minta untuk saya ajar.

FARAH

Di samping itu, Farah juga ada perancangan untuk menghasilkan saluran YouTube tidak lama lagi demi mengetengahkan warisan seni itu.

Jelas Farah, dia pada ketika ini tidak menghasilkan baju batik kerana prosesnya yang lebih rumit.

Namun, dia ada menjual Batik DIY Kit bagi membolehkan orang ramai merasai sendiri proses mencanting batik dengan variasi corak moden dan menarik.

"Currently tak buat baju, sebab dulu pernah buat, tapi ia memerlukan lebih banyak effort. Kalau baju, banyak benda nak kena uruskan.

Farah menjual Batik DIY Kit bagi membolehkan orang ramai merasai sendiri proses mencanting batik dengan variasi corak moden dan menarik.

"InsyaAllah kita rancang untuk tahun depan. Kita nak pastikan dapat jual pada harga berpatutan.

"Ketika karya batik saya mula mendapat perhatian, ada yang minta supaya dijual, mereka nak mewarna dan mengecat juga.

"Jadi saya mula hasilkan dan jual Batik DIY Kit. Alhamdulillah first batch sold out dalam tempoh singkat. Sekarang dah batch ke-11 rasanya," ujar Farah lagi.

Batik DIY Kit itu turut dijual bersama kelengkapan bagi membolehkan pembeli merasai sendiri bagaimana menghasilkan karya batik dengan cara lebih mudah dan ringkas.

Tambah Farah, Batik Starter Kit for Beginners dan cetakan karya dalam saiz A4 dan A3 juga akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain