suria

Dah 5 kali interview arkitek tak dapat, pelajar master tak persia bakat seni... Yuna, Neelofa pun perasan! - “Rasa macam menang anugerah”

Azyan (kanan) mengakui gembira apabila Yuna memberi respon terhadap karya yang dihasilkannya.

PERJALANAN hidup yang tidak disangka-sangka.

Mungkin itulah perkataan bersesuaian untuk menggambarkan haluan kerjaya yang dipilih wanita ini.

Mengabdikan diri dalam pengajian seni bina sehingga ke peringkat ijazah sarjana, dia bagaimanapun kini menjadikan rekaan grafik dan lukisan sebagai mata pencarian.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Nak tengok lukisan atau pelukisnya dulu? - “Cantik itu subjektif”

ARTIKEL BERKAITAN: Projek bandar mega siap dalam masa 7 tahun, pelukis gembira tak perlu usung karya ke galeri - “Saya letak bawah katil je”

Bercerita kepada mStar, Azyan Nadiah Zainual, 30, mengakui pernah menghadiri lima temuduga untuk menjadi arkitek, namun rezeki tidak pernah menyebelahinya.

"Saya sebenarnya dari aliran architechture. dua tahun lepas saya habis master. Bukan tak nak kerja sebagai arkitek, tapi dah lima kali interview tak lepas.

"Jadi saya cuba buat rekaan grafik sebab memang ada minat. Sekarang saya memang pereka grafik sepenuh masa dan turut melukis," ujarnya.

Lukisan digital Azyan yang mencuri perhatian Dr. Amalina, Neelofa dan Yuna.

Tidak mudah katanya, namun dia yang mesra disapa Azyan mengakui terharu apabila karya pelukis baharu sepertinya mendapat perhatian ramai.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya lukisan doktor kelahiran Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri, pelakon dan pengacara Neelofa serta penyanyi antarabangsa, Yuna.

Malah, ketiga-tiga figura itu turut memberi respon terhadap lukisan digital yang dihasilkan Azyan.

Bagi saya kalau nak masuk bidang ni, tak boleh expect terus stabil.

AZYAN NADIAH

"Saya memang tak pernah mengharapkan mereka retweet atau kongsi lukisan saya. Saya lukis sebab suka tengok gambar mereka.

"Tapi bila Yuna, Dr. Amalina dan Neelofa komen di Twitter, rasa macam menang anugerah. Hilanglah semua rasa kecewa lima kali kena tolak interview," ujarnya.

Antara karya yang dihasilkan Azyan.

Lebih menarik, ketiga-tiga lukisan digital tiga figura itu hanya dihasilkan menggunakan telefon sahaja.

Berkongsi perjalanannya yang berusia setahun jagung dalam bidang ini, Azyan mengakui ada banyak cabaran yang dilalui.

Azyan mengakui tidak mudah untuk dia melalui perjalanan sebagai pelukis dan pereka grafik.

"Nak cari orang yang betul-betul rasa kita ni berbaloi untuk dibayar... bagi saya kalau nak masuk bidang ni, tak boleh expect terus stabil.

"Contohnya, saya bukannya profesional dalam bidang ni. Bagi seseorang seperti saya yang tak ada pendidikan formal dalam bidang seni halus mahupun rekaan grafik, memang kena bertapak secara perlahan-lahan," ujarnya yang menetap di Subang Jaya, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain