suria

Ayat klasik ada, jawapan ngong pun ada... aktivis senarai 14 alasan popular remaja hamil luar nikah - “Saya tak boleh kahwin, tak tahu mana satu”

Syed Azmi (gambar kecil) berkongsi antara jawapan yang diberikan remaja hamil luar nikah apabila diajukan soalan mengenai perkahwinan.

ISU hamil luar nikah membabitkan remaja bawah umur begitu sensitif untuk diperkatakan.

Malah, sesetengah soalan untuk remaja hamil luar nikah adalah sensitif tetapi terpaksa diajukan oleh seorang aktivis popular, antaranya menyentuh tentang perkahwinan.

“Hari tu beritahu saya nak kahwin, sekarang tak jadi, boleh saya tau kenapa?” soal Syed Azmi Alhabshi.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas foto bra, seluar dalam... aktivis dedah remaja hamil guna tali rafia panjangkan ukur lilit - "Bukan pervert tapi... kasihan sungguh"

ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu 'demand' 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - "Tak tahu macam mana nak mula balik"

Menerusi perkongsian di halaman Facebook, aktivis berkenaan menyenaraikan 14 jawapan ‘popular’ yang diberikan oleh remaja hamil luar nikah.

“Jawapan pertama... saya ingat kalau kahwin, boleh bin/binti kan anak itu dengan nama ayah mereka, sebenarnya ada perkiraan hari dan tak boleh.

“Jawapan kedua.. saya rasa kalau berkahwin, boyfriend (teman lelaki) saya akan berubah. Tapi saya fikir saya tak sanggup nak letakkan harapan saya pada nasib 50-50," kata Syed Azmi yang merujuk kepada teman lelaki remaja berkenaan pernah terlibat dengan salah laku seperti dadah dan judi selain kaki pukul.



Segelintir remaja hamil luar nikah tidak pasti mengenai masa depan bersama bapa kepada anak yang dikandung. Gambar hiasan/Foto Azlina Abdullah

Syed Azmi berkata, jawapan ketiga adalah rakan-rakan remaja berkenaan sewaktu di rumah transit remaja hamil telah meyakinkannya bahawa mereka sendiri boleh berdikari dan membesarkan anak tanpa suami.

“Jawapan keempat... saya jumpa di online lelaki yang nak jadi pak sanggup dan kahwin dengan saya walaupun saya tak kenal dia. Tapi saya tak pernah percaya lagi janji lelaki, tak kisahlah apa alasan pun.

“Jawapan kelima... saya rasa bila saya baca ramai yang membesarkan anak luar nikah ni di laman sosial, besar kemungkinan anak saya ni tak di kecam. Jadi tak perlu lelaki, ” ujarnya.

Bagi jawapan keenam, Syed Azmi berkata, terdapat remaja yang membuat laporan polis dan telah menarik laporan kerana individu berkenaan sedia berkahwin dengannya, tetapi kemudian diceraikan.



Antara jawapan yang diberikan remaja hamil luar nikah kepada Syed Azmi.

Menurut Syed Azmi, jawapan ketujuh adalah mengenai 'hasutan' bakal kakak ipar supaya tidak menjadi ahli keluarga itu kerana tiada siapa yang akan membantu sekiranya berlaku kesusahan kelak.

“Jawapan kelapan... mak saya halang saya kahwin sebab mak cakap jangan ambil biawak hidup sebagai suami, nak jaga anak lagi lepas tu kena jaga suami sekali.

“Jawapan kesembilan... boyfriend saya terang-terang cakap 'Bukan aku nak kahwin dengan kau tapi kena paksa jadi aku setuju.' Ayat tu pedih dan tak bertanggungjawab. Saya terus tak nak kahwin dan tak nak report. Allah nanti balas.

Sebenarnya posting ini dibuat untuk beri nasihat kepada mereka yang telah mengandung luar nikah di bawah usia 18 tahun bahawa ada perkahwinan bukan jalan penyelesaian

SYED AZMI ALHABSHI

Aktivis itu memberitahu, jawapan ke-10 adalah mengenai remaja dari keluarga berada dan tidak mahu hilang keistimewa menerima wang saku, manakala jawapan ke-11 pula tidak mempercayai perkahwinan rentetan kisah penceraian ibu bapa.

Tambah beliau, jawapan ke-12 dan ke-13 adalah mengenai taraf pendidikan dan kebendaan pasangan.

Namun jawapan 'klasik' yang kadang-kadang diberikan oleh remaja hamil adalah mengenai identiti bapa kepada anak yang dikandung itu.

Jawapan yang diberikan remaja: “Saya tak boleh kahwin abang syed sebab tak tahu yang mana satu... nak ler yang muka sama macam anak kita.”



Salah satu jawapan yang dianggap Syed Azmi sebagai 'klasik'.

Syed Azmi berkata, 'senarai jawapan' sebenarnya adalah lebih banyak tetapi berdasarkan soalan yang dikongsikannya tu bertujuan untuk mencari jalan bagaimana hendak memastikan anak-anak menumpukan masa depan dan keutamaan.

Ini katanya, termasuk pemahaman mereka mengenai sebab dan akibat daripada setiap tindakan yang hendak diambil.

“Sebenarnya posting ini dibuat untuk beri nasihat kepada mereka yang telah mengandung luar nikah di bawah usia 18 tahun bahawa perkahwinan bukan jalan penyelesaian.

“Saya harap untuk kongsi hasil temuramah saya ini agar dapat menyedarkan ibu bapa dan remaja lelaki serta perempuan semua supaya jangan dekati zina. Pilihan jika tersilap langkah amat sukar, ” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain