suria

Panas foto bra, seluar dalam... aktivis dedah remaja hamil guna tali rafia panjangkan ukur lilit – “Bukan pervert tapi... kasihan sungguh”

Syed Azmi memberi penjelasan mengenai foto bra dan seluar dalam yang dikongsikannya di halaman Facebooknya.

BUKAN hanya bantuan berupa wang, makanan dan minuman yang diperlukan oleh segelintir masyarakat yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Namun bagi sesetengah kelompok, pakaian dalam juga merupakan keperluan disebabkan oleh perubahan fizikal mereka dalam waktu yang sukar ketika ini.

Begitulah yang dikongsikan oleh aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi mengenai Rumah Bonda, yang merupakan rumah perlindungan buat wanita hamil termasuk remaja hamil luar nikah.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu ‘demand’ 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - “Tak tahu macam mana nak mula balik”

ARTIKEL BERKAITAN: “I cannot brain” – Aktivis geram awek Johor bagi list tak munasabah, siap ‘demand’ bantuan makanan ringan ketika krisis Covid-19

Mengenai remaja hamil, Syed Azmi yang juga penasihat Rumah Bonda berkata, kebanyakan penghuni dalam kalangan remaja datang sehelai sepinggang ke rumah perlindungan berkenaan.

Kebanyakan remaja hamil datang sehelai sepinggang ke Rumah Bonda. Gambar hiasab/Foto AZLINA ABDULLAH/The Star

“Sepanjang saya menjaga anak-anak remaja hamil, ramai tak tahu yang kebanyakannya datang sehelai sepinggang, terutama yang dihalau ibu bapa atau yang datang dari keluarga kurang berkemampuan. 

“Jadi ada hari pakai baju dalam dan seluar dalam, macam nak pergi klinik dan ada hari yang tak pakai terutama waktu duduk di rumah.

“Ada yang tak mampu dan malu nak minta daripada kami, jadi bila perut dah besar atau payudara dah besar jadi guna tali rafia nak panjangkan ukur lilit,” tulisnya menerusi satu posting di halaman Facebooknya yang dikongsi lebih 1,000 kali.

Syed Azmi memberitahu, beliau akan memberi sumbangan pakaian dalam kepada penghuni di atas inisiatif dan perasaan belas kasihannya.

“Bila saya ada duit lebih, memang saya belikan baru untuk semua. Saya bukanlah pervert tapi saya tengok apa yang mereka pakai. Kasihan sungguh,” katanya yang merujuk kepada pakaian penghuni.

Foto bra dan seluar wanita yang dimuat naik Syed Azmi halaman Facebooknya.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat penghuni yang pulang ke pangkuan ibu bapa mereka sejak penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Jadi yang tinggal ni memang tak boleh nak ke mana. Jadi semalam (kunjungan ke Rumah Bonda baru-baru ini) waktu saya tanya-tanya, mereka memerlukan bra dan seluar dalam.

Kalau kita sensitif dan peka kita banyak boleh belajar dan terima... Percayalah nak adakan tempat perlindungan untuk girls ni banyak cabaran lain lagi

SYED AZMI

“Maaflah kalau gambar memualkan. Kalau kita sensitif dan peka kita banyak boleh belajar dan terima. Yang ni kira yang bersih dan molek ok. 

“Yang hodoh tak ada. Yang bertahi lalat atau getah seluar dalam yang macam ular tak ada lah sini. Mana kami bagi,” tambahnya.

Penghuni Rumah Bonda memerlukan seluar dalam dan bra baharu berikutan perubahan fizikal mereka kerana hami. Gambar hiasan/M AZHAR ARIF/The Star

Sehubungan itu, beliau menyenaraikan barangan yang menjadi keperluan wanita dan remaja hamil di rumah perlindungan itu.

“Seluar dalam saiz M, L, XL... bra medium, large. Deodoran, pencukur, shampu, kain baik dan pencuci muka.

“Kami benar-benar harap ada pembekal yang sanggup menaja atau boleh kami beli.

“Sekali lagi segelintir memang ingat gambar tak sopan. Percayalah nak adakan tempat perlindungan untuk girls ni banyak cabaran lain lagi,” katanya yang merujuk kepada pandangan segelintir pihak terutama kaum wanita berhubung gambar pakaian wanita yang dikongsikannya dianggap keterlaluan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian berasingan, Syed Azmi memberitahu bekalan pakaian dalam dan seluar dalam telah mencukupi, dipercayai hasil sumbangan. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain