suria

“I cannot brain” – Aktivis geram awek Johor bagi list tak munasabah, siap ‘demand’ bantuan makanan ringan ketika krisis Covid-19

Seorang gadis memakai penutup hidung dan mulut ketika membeli barangan keperluan harian sebagai langkah pencegahan susulan penularan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

TIDAK dinafikan ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak Covid-19, termasuk orang bujang.

Syukur, kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bersedia memberikan bantuan untuk meringankan beban semua.

Namun, terdapat individu bujang yang cuba mendapatkan bantuan tetapi memberikan senarai keperluan yang dianggap tidak munasabah dalam waktu yang sukar ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu ‘demand’ 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - “Tak tahu macam mana nak mula balik”

ARTIKEL BERKAITAN: Guru dikecam beri sumbangan snek, coklat mahal untuk orang susah! “Aku letak diri aku sebagai penerima”

Aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi berkongsi mengenai senarai keperluan kewangan oleh seorang gadis dari Johor sepanjang tempoh PKP.

Senarai bantuan yang diminta oleh seorang gadis dari Johor. Foto Facebook Syed Azmi

“Saya nak minta maaf sangat tapi kalau kita single, tak pandai masak sangat pun dan memang perlu bantuan kewangan, saya tak kisah.

“Tapi bila tulis macam ni, saya rasa sedih. Sekarang saya tengah prepare karangan kat kertas sebab nak call awek ni kenapa bajet ni tak kena di musim Covid-9.

“Kena tulis (karangan) sebab takut saya geram sampai nangis,” ujarnya menerusi perkongsian di halaman Facebooknya pada Sabtu.

Menerusi tangkapan skrin yang turut dikongsikan Syed Azmi, gadis berkenaan memerlukan lima bungkus mi segera berharga RM25, dua tin biskut (RM24), satu kotak sejumlah botol mineral 1.5 liter (RM18), dua papan telur (RM24), topeng muka dan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer (RM30).

Gula merupakan antara keperluan harian melalui tempoh PKP. Gambar hiasan/Foto Bernama

Berdasarkan keperluan yang disenaraikan, Syed Azmi menyarankan bahawa mi segera yang diminta gadis berkenaan boleh digantikan sebahagiannya dengan roti.

“Biskut logik tapi cuba kira yang tin berbanding yang paket tak berjenama. Air mineral... tak da air bersih atau tak ada dispenser air ke? Kena semak.

“Telur dua papan, nak masuk dalam mi segera ke? Buat telur separuh masak ke? Sekurang-kurangnya saya tahu ada cerek. Kena guna air mineral ke?” katanya.

Makanan ringan RM10. Seriously? Bagilah saya list yang munasabah sikit

SYED AZMI

Turut dipersoalkan adalah keperluan topeng muka dan hand sanitizer kerana mencuci tangan dengan sabun adalah memadai untuk mencegah jangkitan Covid-19.

Lebih mengejutkan Syed Azmi apabila jumlah bajet berjumlah RM130 yang diminta gadis itu turut meliputi makanan ringan berharga RM10.

“Makanan ringan RM10. Seriously? RM10 mana cukup?” ujar aktivis sosial itu dengan menjadikan beberapa contoh makanan ringan dan ais krim.

Antara komen netizen.

Susulan itu, Syed Azmi meminta bantuan rakannya daripada sebuah pertubuhan untuk golongan belia bagi mengambil alih kes berkenaan.

“Ni awek Johor. Tolonglah ambil alih kes single macam ni. I cannot brain.

The only thing is, saya akan beri (sumbangan) RM50 sebab keperluan dia simple. Tapi bagilah saya list yang munasabah sikit. Semua permohonan saya baca, jadi biarlah nampak terkesan sikit,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak tidak mengecam gadis berkenaan di atas permintaan tersebut, sebaliknya bersangka baik dengan nasib yang dialami gadis itu.

“Siapa rasa ini membuka aib, percayalah ini bukan yang paling teruk dan saya cuba untuk mendidik,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain