Inilah masanya! Tiga pramugari cun tonjol bakat buat ‘konsert’, ada yang kata suara mirip Tok Ti - “Meremang sebab cuma kami bertiga, tak pakai minus one”

(dari kiri) Ainul, Maisarah dan Nur Fatin Alya menjadi perhatian selepas membuat video karaoke lagu-lagu Siti Nurhaliza (gambar kecil).

PASTINYA kini adalah waktu yang sukar buat rakyat Malaysia, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sehingga 14 April.

Sejak ia dikuatkuasakan 18 Mac lalu, PKP mengundang pelbagai reaksi terutama mereka yang berasa bosan kerana terpaksa duduk di rumah.

Namun, ia bukan masalah besar bagi tiga wanita jelita untuk menghabiskan masa duduk di rumah, dalam membantu memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia nama serupa, ibu pula peminat tegar... Siti Nurhaliza dan emak berpeluk terima kejutan Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Duet dengan Sarah Suhairi, selamba minta Caliph Buskers ‘D Minor’… pelajar ini sebenarnya bukan biasa-biasa, dapat peluang ke kejohanan dunia

Trio jelitawan itu merakamkan video mereka menyanyikan kompilasi lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza sehingga menarik perhatian dan menerima pujian netizen.

Ketiga-tiga mereka merupakan pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

Malahan, ada yang memuji paduan suara ketiga-tiga mereka menerusi video berdurasi dua minit itu, mirip suara Siti Nurhaliza. Wah, hebat!

Salah seorang daripada wanita berkenaan, Siti Nur Maisarah Johari berkata, video tersebut dirakamkan bersama dua teman serumahnya di Cyberjaya, baru-baru ini semasa tempoh PKP.

Wanita berusia 27 tahun itu menjelaskan, mereka bertiga yang bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan meluangkan masa di rumah sejak hampir sebulan lalu, sebelum PKP dilaksanakan berikutan wabak Covid-19.

“Banyak syarikat penerbangan terjejas sejak penularan Covid-19. Mula-mula mereka mengurangkan dan kemudian membatalkan beberapa penerbangan.

“Dari kami bertugas untuk penerbangan antarabangsa kemudian beralih kepada domestik. Sekarang kami duduk di rumah buat sementara waktu, terutama sejak PKP dilaksanakan,” katanya kepada mStar sambil menambah dia mengenali teman serumahnya, Ainul Rashida Ahmad Mokhtar, 26, dan Nur Fatin Alya Zulkefly, 24 sejak empat tahun lalu.

Aktiviti masa lapang dengan berkaraoke.

Lebih mesra dengan panggilan Maisarah, katanya, dia tidak menyangka video komplikasi lagu Siti Nurhaliza meraih perhatian, tetapi mengakui hobi mereka sememangnya suka berkaraoke pada masa lapang.

“Setiap kali off duty, memang kami akan karaoke, sama ada di rumah atau pun di pusat karaoke. Malah, kalau dalam penerbangan masa waktu rehat pun untuk hilangkan rasa bosan, memang kami akan menyanyi.

“Kami pula adalah peminat Siti Nurhaliza, jadi kami nyanyi lebih 15 lagu beliau yang dipilih secara random termasuk bukan single atau jarang diperdengarkan,” katanya sambil menambah lagu kegemaran mereka ialah ‘Purnama Merindu’.

Menyanyikan lagu-lagu Siti Nurhaliza kerana meminati penyanyi itu.

Mengenai pujian suara mirip Siti Nurhaliza, Maisarah yang berkhidmat sebagai pramugari selama lapan bulan menjelaskan bahawa suara mereka sebenarnya berbeza.

“Kami tak rasa suara kami macam Siti Nurhaliza sebab beliau seorang legenda dan mempunyai keunikan suara yang tersendiri.

Kami tak rasa suara kami macam Siti Nurhaliza sebab beliau seorang legenda dan mempunyai keunikan suara yang tersendiri.

MAISARAH

“Tapi bila netizen cakap suara Siti Nurhaliza kedengaran masa kami bergabung suara, memang kami meremang sebab tak terfikir pun.

“Kami tak guna minus one dan hanya kami bertiga saja. Jadi, bila ada yang kata gabungan suara macam Siti Nurhaliza tu kami terharu tapi pada masa sama meremang sebab suara Siti Nurhaliza tu cukup hebat,” katanya yang berasal dari Cheras, Selangor.

Maisarah dan teman serumahnya melakukan aktiviti bersama di rumah sepanjang tempoh PKP.

Sehubungan itu, Maisara menjelaskan tempoh PKP bukanlah waktu untuk masyarakat ‘berkurung’ di rumah semata-mata, sebaliknya banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga dan teman serumah di rumah.

“Selain buat aktiviti berfaedah seperti kemas rumah dan belajar memasak, masa nilah untuk kita cungkil bakat terpedam sepanjang berada di rumah,” katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain