‘Padah’ nak sangat jaga hati kucing, tuan meow takut nak tidur... terpaksa kunci pintu - “Lion tenung saya dengan tajam malam tu”

Neyzar terkejut apabila sabun yang digunakannya mempunyai bau yang lebih kuat tetapi kurang buih.

SUDAH menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang untuk menyanyi ketika mandi dalam tandas.

Maklumlah, feeling karaoke dalam bilik air ni lain macam sikit. Lebih-lebih lagi di bawah pancuran air, terasa macam sedang buat konsert.

Begitu jugalah yang dilakukan oleh pemuda, Neyzar Ariff Ahmadun, ketika berada dalam bilik air.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan guna tong gas! Kakak dedah punca lesung batu berlubang kerana adik lepas geram - “Mula-mula dia tumbuk perlahan...”

ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu ‘demand’ 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - “Tak tahu macam mana nak mula balik”

Namun, nasib tidak baik pula apabila ketika sedang asyik mandi sambil menyanyi, dia tersalah mengambil sabun mandi yang mana akhirnya badannya dicuci dengan mandian kucing!

Menceritakan semula kejadian tersebut kepada mStar, Neyzar memberitahu pada waktu itu dia sedang leka menyanyi.

"Masa tu dalam pukul 10 malam saya mandi sebab panas. Memang letak sabun mandian kucing tu dalam bekas yang sama dengan sabun saya.

"Sebelum ni tak pernah salah sabun pun, tetapi hampir-hampir tersalah tu memang banyak kali.

"Kali ni terkena juga, tengah sedap menyanyi, tak sedar saya terpakai sabun kucing," ujar Neyzar sambil ketawa mengimbas semula kejadian tersebut.

Perkongsian Neyzar di Twitter menjadi tular baru-baru ini.

Tambah Neyzar lagi, dia mula perasan yang dia tersalah menggunakan sabun apabila ia tidak seperti sabun yang biasa digunakannya.

"Tengah gosok, saya perasan kenapa bau sabun ni kuat sangat bau wangi? Tapi buih tak banyak pula.

"Bila saya tengok balik botol, saya dah tersalah guna sabun.

"Beza sabun kucing dengan sabun manusia, biasanya bau wangi tak terlalu kuat dan banyak buih bila dipakai," beritahu Neyzar tentang perbezaan kedua-dua sabun tersebut.

Selepas mandi, kakaknya yang tinggal serumah dengannya di Taman Klebang, Ipoh, Perak tidak berhenti ketawa selepas diceritakan semula pengalaman lucu tersebut oleh Neyzar.

"Kakak saya memang perasan sebab dia bau sabun tu kuat sangat, dan dia pesan kat saya lain kali tengok betul-betul sebelum guna sambil ketawakan saya.

Neyzar meletakkan sabun mandiannya dan sabun mandian kucing di dalam bekas yang sama untuk mengelakkan kucing peliharaannya merajuk.

"Lion (kucing peliharaan) pula tenung saya dengan tajam malam tu sebab dia tahu tu bau sabun dia.

"Saya terpaksa kunci bilik untuk tidur pada malam itu, takut Lion buat apa-apa pada saya," kata Neyzar yang bekerja di sebuah hotel di Ipoh, Perak.

Neyzar turut memberitahu bahawa dia meletakkan sabun kucing dan sabun mandiannya di dalam bekas yang sama kerana tidak mahu Lion merajuk.

"Kucing kan sensitif kalau kita asingkan barang dia dengan barang kita, jadi saya letakkan sekali dalam bekas yang sama.


Neyzar sudah setahun lebih memelihara kucing betina yang diberi nama Lion.

"Sudah setahun lebih saya bela Lion. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, memang saya duduk rumah main dengan Lion je," ujar Neyzar yang berusia 25 tahun.

Perkongsian Neyzar di Twitter sehingga kini telah mendapat 6,800 retweet (ulang kicau) dan 8,000 tanda suka daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan kisah lucu tersebut.

"Sekarang dah bebas bakteria... harap ahli keluarga tak tersalah ambil kucing sebab bau dah sama," tulis seorang pengguna Twitter.

"Nasib baik tak tweet tulis 'meow meow', kalau tak kena buat laporan ni," tambah netizen lain.

sabun, kucing, Lion

Artikel Berkaitan

MB Perak umum potong dua bulan gaji

Ahmad Faizal dilantik semula MB Perak

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain