Mamat terjerit-jerit di hospital terdiam disergah abang polis... nak panjang kes atau pendek - “Malu la sikit tu bukan isteri, baru awek tahu tak!”

Lelaki tersebut dilihat meminta maaf kepada seorang anggota polis di atas tindakannya itu.

SEORANG lelaki dilihat terpekik-pekik ke arah seorang lagi lelaki lain di dalam sebuah hospital tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Dalam video berdurasi dua minit 16 saat itu, lelaki tersebut berteriak dan menuntut ganti rugi daripada pemandu yang didakwa melanggar motosikal yang dinaiki bersama teman wanitanya.

Lelaki tersebut dilihat mengalami luka kecil di tangan, manakala teman wanitanya pula duduk di atas kerusi roda menyusul di belakangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cakap hormat sikit!” - Lelaki sedang asyik minum teh tarik bengang ditegur pihak berkuasa, buat isyarat lucah

ARTIKEL BERKAITAN: Ada lagi yang ingkar! 116 ditahan kerana hadir solat Jumaat, 5 masjid masih buat sembahyang jemaah 

Bagaimanapun tindakan pemandu tersebut yang berulang kali memohon maaf kepada lelaki terbabit tidak diendahkan.

"Bayar ganti rugi... bayar sekarang. Sakit tahu tak," katanya.

Perbuatan lelaki yang cedera itu terus menjerit menyebabkan polis terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan di hospital tersebut.

"Saya minta maaf," kata pemandu yang dipercayai melanggar mangsa sebelum beredar meninggalkan lelaki itu.

Seorang anggota polis dilihat datang untuk meredakan keadaan.

Berang dengan tindakan pemandu itu, lelaki tersebut terus menjerit tanpa menghiraukan teguran awal anggota polis berkenaan.

"Weh sini kau... Aku tak peduli. Aku sakit ni kau boleh cakap macam ni," kata lelaki itu.

Bagaimanapun sifat degil lelaki itu akhirnya memakan diri.

"Bang saya polis. Awak biadab dekat sini. Awak kurang ajar sangat dah kenapa?

Padan muka. Tunjuk samseng sangat. Memekak kat hospital tak ada adab langsung. Orang macam ni garikan jer. Terbaik abang polis.

SUZANA.

"Sekarang ni kes kemalangan siapa salah siapa tidak itu belakang kira... yang penting survive. Faham?," tegas anggota polis itu.

Namun lelaki itu dilihat seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan insiden menimpanya sehingga memaksa polis tersebut mengeluarkan baton dan gari.

"Nak panjang ke nak pendek? Nak panjang kes atau nak pendek kes? Malu sikit tu bukan isteri, baru awek tahu tak," kata anggota polis tersebut.

Lelaki berkenaan akhirnya meminta maaf kepada anggota polis tersebut tetapi segalanya sudah terlambat.

"Pendek (kes)... OK minta maaf, minta maaf. Saya minta maaf," katanya.


Lelaki itu bagaimanapun diiringi tiga anggota polis ke sebuah pondok polis di hospital tersebut.

Di akhir video itu, lelaki berkenaan dilihat dibawa tiga anggota polis masuk ke dalam sebuah pondok polis di hospital tersebut.

Tindakan melampau lelaki tersebut turut dikecam netizen.

Rata-rata menyokong tindakan diambil polis terhadap lelaki itu.

"Tadi tunjuk hero depan girlfriend lepas tu minta ampun. Sabar sikit je bang. Respect orang sekeliling. Jangan jerit, jerit nanti sendiri malu," kata Kapalterbang Kertas.

"Kadang sesetengah orang mempunyai perangai macam ni. Rasanya tak perlu nak jerit jerit sampai keluar anak tekak. Malu orang tengok. Benda boleh cakap elok-elok dengan nada suara yang rendah. Orang lagi respect. Perbuatan anda menzahirkan anda jenis orang yang bagaimana," kata Carlos Rayyan.

"Padan muka. Tunjuk samseng sangat. Memekak kat hospital tak ada adab langsung. Orang macam ni garikan jer. Terbaik abang polis," kata Suzana.

polis, lelaki, cedera, menjerit, hospital, langgar

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain