Rancak main TikTok sampai kaki ‘mendarat’ di muka adik, abang dedah adiknya ingkar arahan - “Sebelum tu elok je kat tepi”

Video Harris yang tidak sengaja tertendang muka adiknya menjadi tular di Twitter.

NIAT nak tunjuk bakat sendiri, tapi adik pula yang 'menyerlah'!

Itulah situasi yang berlaku apabila seorang pelayar memuatnaik videonya yang sedang menari di aplikasi TikTok namun secara tidak sengaja tertendang muka adik lelakinya.

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik di Twitter, kelihatan lelaki tersebut sedang memberikan tumpuan terhadap langkah tarian sebelum adiknya muncul secara tiba-tiba di celah kaki dan tapak kakinya ‘mendarat’ di muka kanak-kanak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah selalu sangat layan lagu rock kapak, anak umur 12 tahun ‘terjebak’... ramai terpegun suaranya sebiji macam Mamat Exist!

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sekeluarga positif Covid-19, bapa ‘naik takut’ 5 anak viral... riang main TikTok dalam wad - “Baru tahu bagaimana pesakit rasa”

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 18,000 retweet dan 17,000 likes, selain dibanjiri ratusan komen netizen.

Rata-ratanya menzahirkan rasa simpati kepada nasib kanak-kanak lelaki tersebut, malah ramai juga yang bimbang dia tercedera.

“Ya Allah, kesian adik… dia nampak terkedu,” komen seorang pelayar.

“Ya Allah, jawline dia tak lari ke tu?” komen seorang lagi.

“Semoga gigi adik tak patah,” tulis netizen lain pula.

Harris sangat rapat dengan adik bongsunya yang dipanggil Budyi.

Berkongsi cerita dengan mStar, Harris Nasir berkata ketika kejadian, dia sedang menari kerana menyahut cabaran tarian yang sedang trending di aplikasi TikTok.

RMO dance challenge oleh seorang koreografer bernama Vivian memang tengah popular ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang. Jadi saya saja-saja nak rekod kononnya sebagai menyahut cabaran itu.

“Sebelum itu sewaktu saya berlatih step tarian, adik saya, Mohamad Badhri Radzi, yang berumur enam tahun elok je duduk dekat tepi. Siap tanya lagi bila nak rekod betul-betul sebab dia kata nak masuk juga.

“Arahan sepatutnya dia kena masuk dekat tepi. Tapi masa dah rekod, entah kenapa dia masuk ke tengah-tengah dan saya memang langsung tak perasan,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Masa mula-mula kena tu memang dia terkedu. Dekat dalam video tu tak nampak dia menangis, tapi sebenarnya dia menangis… mesti sakit sebab melihatkan saiz kaki dan semangat saya menari tu, mesti kuat juga tertendang.

HARRIS NASIR

ABANG

Pemuda berusia 28 tahun ini berkata, sebaik sahaja menyedari kakinya ‘mendarat’ di muka adik bongsu yang dipanggil Budyi, dia segera memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut kerana bimbang berlaku sebarang kecederaan.

“Masa mula-mula kena tu memang dia terkedu. Dekat dalam video tu tak nampak dia menangis, tapi sebenarnya dia menangis… mesti sakit sebab melihatkan saiz kaki dan semangat saya menari tu, mesti kuat juga tertendang.

“Tapi memang tak ada darah, tak patah gigi… hanya dia terkejut saja. Masa menangis tu dia tanya ‘kenapa tendang adik?’. Tapi selepas pujuk, dia tidur dan okay saja. Dia tak mengadu dekat ibu bapa pun. Mereka hanya tahu selepas video tu viral,” ujarnya yang merupakan penuntut tahun dua Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Biologi di Universiti Malaya.

Harris (tiga, kanan) bersama ibu bapa dan adik beradiknya. 

Bercerita lebih lanjut, Harris berkata adik bongsunya itu sememangnya rapat dan manja dengannya memandangkan dia anak sulung.

“Walaupun jarak umur kami 23 tahun, tapi dia adalah adik yang paling rapat dengan saya. Maklumlah dia anak bongsu dalam keluarga. Kalau di rumah, dia memang bercakap tak berhenti dan sukakan perhatian.

“Tapi karektornya berbeza dan bertukar menjadi pemalu apabila berada di hadapan kamera. Sebab tu ada video lain yang saya rekod, dia duduk tepi sahaja,” ujar pemuda yang berasal dari Johor Bahru, Johor itu lagi.

Ujar Harris lagi, dia tidak menyangka perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial kerana niatnya hanya sekadar berkongsi momen lucu bersama adiknya.

Antara komen netizen yang terhibur dengan video TikTok Harris.

“Ramai yang beri komen lucu dan beritahu mereka terhibur tengok video tersebut. Tapi ada juga yang kata, itulah padahnya main TikTok. Sejujurnya saya bukan kaki TikTok pun. Tapi saja rakam sebab nak sahut challenge saja.

“Bagi saya, ini merupakan salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang dengan merapatkan hubungan bersama keluarga ketika semua kebosanan jalani PKP. Tujuannya hanya sekadar nak gembirakan hati.

“Tapi terharu juga sebab ramai yang beritahu mereka terhibur tengok video tu. Terima kasih kepada semua dan apa yang boleh saya kata, sepanjang PKP ni, isilah masa sebaiknya dan ambil peluang untuk rapatkan hubungan kekeluargaan,” ujarnya. 

TikTok, tarian, PKP, tendang, muka, adik, PhD

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain