“Cakap hormat sikit!” - Lelaki sedang asyik minum teh tarik bengang ditegur pihak berkuasa, buat isyarat lucah

Anggota penguatkuasa MBPP menegur seorang lelaki dan rakannya yang sedang bersembang sambil minum teh tarik di sebuah medan selera dekat Jelutong, Pulau Pinang.

MESKIPUN fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat dan tegas, masih ada yang berdegil dengan arahan tersebut.

Terbaharu menerusi video yang tular di media sosial dipercayai berlaku di sebuah medan selera dekat Jelutong, Pulau Pinang, dua lelaki dilihat sedang leka bersembang sambil minum secara terbuka ketika tempoh PKP.

Tindakan itu menyebabkan mereka diserbu penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sehingga menimbulkan rasa kurang senang salah seorang lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada lagi yang ingkar! 116 ditahan kerana hadir solat Jumaat, 5 masjid masih buat sembahyang jemaah

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Tiada lagi nasihat... Polis guna mod keras jika ingkar PKP fasa 2

Semasa didatangi beberapa anggota penguatkuasa MBPP, lelaki tersebut seolah-olah berang dengan teguran tersebut.

"Ni nasihat elok-elok tau orang nak makan... ni bungkus tau. Cakap elok-elok aku faham bahasa. Aku tau aku pegang.

"Nak bangun sabaq sat... cakap hormat sikit. Tau hampa penguatkuasa," kata lelaki tersebut.

Sejumlah 26 individu termasuk 12 warga asing berusia lingkungan 17 hingga 47 tahun dihadapkan di Mahkamah Tinggi Ipoh atas dakwaan melanggar PKP. - fotoBERNAMA

Lelaki yang berbaju hitam itu hanya beredar selepas pihak penguatkuasa melipat meja yang digunakan sewaktu berada di medan selera itu.

Namun dia dilihat membaling cawan plastik ke arah penguatkuasa bertugas sebaik selesai minum minumannya sambil berkata:"Cakap elok-elok."

Lelaki itu turut berang apabila video perbuatannya itu dirakam dengan menunjukkan isyarat tangan yang seolah-olah dia tidak hirau amaran tersebut.

"Hah gambar aku... muka. Hampa lagu ni ka, tak ada langsung hormat kat orang," katanya sebelum beredar bersama seorang lagi rakannya.

Nasib baik pegawai MBPP tu cool dan steady. Kalau depa belasah hang dengan coatar tak ke naya. Buta-buta dapat sakit, jangan nak tunjuk 'jhogha' sangatlah. Hormat penjawat awam tak rugi satu sen pun.

MOHD ROSLAN

Perbuatan lelaki itu turut dikecam netizen kerana tidak menghormati undang-undang dan juga penguatkuasa bertugas.

"Dia yang tak hormat law. Dia plak kata penguatkuasa tak hormat law. Samseng kampung banyak gini. Sekali kena cepok, tak kuat mana pun. Aku ni banyak kali masuk lokap, yang jenis samseng gini paling kuat nangis dalam lokap," kata Shahrul.

"Tak dak langsung hormat kat orang? Yang hang tu hormat ke tak arahan yang dah dikeluarkan? Typical orang yang macam ni, diri sendiri yang tak hormat orang lain lepas tu melalak nak suruh orang hormat dia. Tangkap jelah lain kali. Bagi masuk dalam mengeteh dengan kawan-kawan yang sama macam dia," kata Zulikmal.

Lelaki itu berang ketika ditegur anggota penguatkuasa bertugas.

"Dah berminggu cakap elok-elok kat TV kot berita. Ketegaq nak mampus pi buat lagi, pastu expect orang mai kat dia cakap belai-belai suara Doraemon ka. Muka dah macam atok orang, perangai macam samseng jalanan. Pak siapa la ni, malu sungguh," kata Anisa.

Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap tenang anggota penguatkuasa bertugas meskipun berdepan perlakuan biadab lelaki tersebut.

"Nasib baik pegawai MBPP tu cool dan steady. Kalau depa belasah hang dengan coatar tak ke naya. Buta-buta dapat sakit, jangan nak tunjuk 'jhogha' sangatlah. Hormat penjawat awam tak rugi satu sen pun," kata Mohd Roslan.

"Dah lah melawan... baling bekas minum macam tu ja. Buat isyarat lucah. Dia yang tak tau hormat, nak orang hormat dia. Orang nak jalankan tugas. Boleh kena angkut dah ni," kata Leena.

Kerajaan mengisytiharkan PKP bermula 18 Mac lalu sehingga 14 April, dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19.

medan selera, PKP, penguatkuasa, MBPP, ingkar

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain