suria

Nurse kongsi kisah sedih dipandang jijik di stesen minyak, dianggap bawa kuman jika ke tempat awam - “Aiyo jangan bawa kotor-kotor”

Perkongsian jururawat itu mengundang perhatian ramai pelayar Facebook. foto: BERNAMA & Facebook Miesz Noniey.

BUKAN penghargaan tinggi melangit yang dipinta, namun jangan pula dilempar kata-kata cerca.

Begitulah gambaran rasa yang terbuku di hati jururawat ini apabila ada individu yang memperlekehkan kerjayanya.

Menerusi perkongsian di Facebook Miesz Noniey, jururawat itu mendedahkan kejadian berlaku pada minggu lalu sewaktu dia singgah di sebuah stesen minyak selepas pulang dari hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi

ARTIKEL BERKAITAN: 
“Dasar penyebar korona!” - Penumpang ludah dalam tren bikin netizen geli, marah... KTMB buat pembersihan segera

"Balik kerja (dalam uniform) singgah petrol pump isi minyak kereta dah kelip-kelip menunggu mati di jalanan.

"Ada uncle ni siap tanya, you kerja hospital ke? Aiyo jangan bawa kotor-kotor, nanti semua orang sakit.

"Orang-orang lain pun tengok dengan pandangan jijik macam aku bawa virus. Balik kerja ada pakcik-pakcik tengah melepak pun tengok semacam," ujarnya.

Pengorbanan jururawat dalam usaha menangani Covid-19 di negara ini tidak wajar dipandang rendah oleh mana-mana individu.

Kata jururawat itu lagi, dia juga hairan dengan kumpulan berkenaan yang selamba melepak biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dikeluarkan oleh kerajaan.

Dalam pada itu, jururawat berkenaan turut menyeru orang ramai agar tidak memandang jijik kepada petugas barisan hadapan (frontliner) yang bertungkus-lumus bertugas untuk membendung Covid-19 di negara ini.

"Hello rakyat Malaysia yang cerdik pandai, yang suka judge orang tak tentu pasal. Kami nurse, pembantu perubatan, doktor (frontliner) kalau nak attend patient yang risk (berisiko) kena pakai PPE (Personal Protective Equipment).

Stay home! Degil juga nak keluar. Cari penyakit! Bila sakit tahu pula datang cari kami yang jijik ni.

MIESZ NONIEY

JURURAWAT

"Dalam tu scrub suit yang hospital sediakan. Sebelum balik kami remove semua. Siap mandi dulu. Uniform pakai pergi dan balik kerja je. Tak payah la pandang orang jijik sangat.

"Yang korang, orang suruh stay home. Stay home! Degil juga nak keluar. Cari penyakit! Bila sakit tahu pula datang cari kami yang jijik ni," ujarnya.

Dalam posting sama, dia turut menyertakan tanda pagar #sedih seolah-olah menggambarkan perasaannya atas kejadian itu.

Satu lagi posting Facebook yang seolah-olah mempertikai kehadiran jururawat di tempat awam.

Ruangan komen posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Majoritinya turut meluahkan rasa berang atas layanan yang diberikan terhadap jururawat itu.

"Dia yang kotor nak cakap nurse pula.

"Sibuk kata kita bawa kuman. Yang dia menyebar ke serata alam tak fikir.

Posting jururawat itu yang tular di media sosial.

"Betul-betul tak menghargai langsung pengorbanan orang.

"Kalau jumpa pakcik tu lagi, bersin kuat-kuat depan muka dia," tulis beberapa netizen.

Dalam posting yang menerima hampir 5,000 tanda suka itu, netizen turut berkongsi satu paparan skrin status Facebook yang turut menghina jururawat.

"Apa perasaan kamu kalau time-time PKP ni, mahu ke pasar beli stok barang dapur tapi ada nurse dengan baju uniform mereka juga membeli-belah?

"Seram sister mahu pergi kedai," tulis individu tersebut.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Covid-19, jururawat, PPE, pandang rendah

Artikel Lain