PELAKON Dayana Roza berang terhadap seorang individu yang dirujuk dengan gelaran 'AA' susulan kegagalan pihak berkenaan melunaskan hutang selain didakwa menyebabkan namanya terpalit dengan isu Credit Tip-Off Service (CTOS).Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 35, berkata dia sudah hilang sabar apabila tindakannya menuntut hak sering diputar belit selain dituduh cuba mencari publisiti murahan. “AA, hutang-hutang dengan CTOS aku bila nak selesaikan eh? Kau kan terpaling kaya. Aku diam kau buat bodoh, aku minta kau pusing sana sini.Luahan Dayana Roza di Threads. “Bila aku kongsi di media sosial kau kata aku cari publisiti murahan, aku mengamuk kau kata aku gila. Jadi aku nak buat apa? Reda?“Kau yang buat tahi dari awal, kau pula terpaling jadi mangsa,” luahnya di halaman Threads.Dalam pada itu, Dayana turut memberi amaran agar individu terbabit tidak terus menganiaya dirinya dan orang sekeliling sebelum dia bertindak mendedahkan lebih banyak kepada umum.“Nak tunggu sampai aku tumpah teh yang dah melimpah-limpah ini baru kau ada akal ke?ARTIKEL BERKAITAN: Nama tiada dalam syarikat, Dayana Roza baru tahu lepas cerai...“Rupanya bukan hak saya pun“ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa makin ramai lelaki Melayu curang?” - Dayana Roza minta isteri angkat kaki jika suami tak berubah, bercakap atas pengalaman sendiri“Umur dah tua, cukup-cukuplah aniaya orang. Kau tak takut ke dengan doa orang-orang yang kau aniaya termasuk staf-staf kau semua?” ujarnya.Meskipun Dayana tidak memaklumkan nama penuh mahupun memperincikan individu tersebut, namun ada yang berspekulasi ia merujuk kepada bekas suaminya iaitu usahawan, Adham Ayahudin.Sebelum ini, Dayana tampil memberikan penjelasan mengenai dua premis perniagaan yang sering dikaitkan dengannya iaitu SBC Ampang dan Supreme Barbeque Club.Dayana berkata dia tidak lagi mempunyai sebarang kaitan, penglibatan, pemilikan atau hubungan perundangan dengan kedua-dua perniagaan tersebut.Dayana kini membesarkan dua cahaya mata. “Sepanjang tempoh perkahwinan, saya berada dalam keadaan mempercayai bahawa saya mempunyai penglibatan dalam perniagaan tersebut dan telah menandatangani beberapa dokumen yang diberikan kepada saya pada ketika itu," ujarnya. Untuk rekod, Dayana mengesahkan perkahwinan dengan usahawan A’dale Adham Ayahudin bernoktah apabila mereka sah bercerai talak satu pada 18 Disember 2025. Mereka berkahwin pada 25 Disember 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika, 2 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube