suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mimi Lana jadi lebih ‘wanita‘ sejak kahwin, syukur dimanjakan Syafiq Kyle

Sayfiq bayak mengubah kehidupan Mimi.

PELAKON Mimi Lana berasa syukur menjalani fasa kehidupan yang lebih santai dan tenang sejak berumah tangga dengan aktor, Syafiq Kyle.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata dia yang sinonim dengan sikap terlalu kuat bekerja sebelum ini mula belajar memperlahankan kelaziman itu selepas mendapat layanan penuh kasih sayang daripada Syafiq. 

“Suami saya, dia perlahan-lahan membawa saya masuk ke fasa kewanitaan yang lebih lembut. Dia sangat memanjakan saya sejak kami berkahwin.

Mimi dedah suka bekerja sejak kecil. 

“Tahun ini boleh kira dengan jari berapa kali sahaja saya memandu kenderaan sendiri kerana dia sentiasa ada untuk saya, sentiasa mengingatkan saya untuk memperlahankan rentak dan relaks,” tulisnya di Threads pada Jumaat. 

Mengulas punca dirinya suka bekerja, Mimi mengakui ia merupakan titik tolak daripada kehidupannya sejak kecil yang tidak pernah jemu mencari rezeki.

“Saya rasa saya jadi seorang yang kuat bekerja kerana saya tidak pernah kenal kehidupan tanpa bekerja. Saya membesar melihat ibu dan bapa bekerja keras, dan saya bantu mereka berniaga sejak zaman sekolah lagi.

“Pada hari persekolahan, saya akan bantu ibu jual nasi lemak di sekolah dan pada hujung minggu pula tolong bapa jual bunga orkid. Sebagai anak perempuan tunggal, saya juga yang selalu masak, kemas dan jaga rumah sewaktu ibu bapa bekerja,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana menyanyi dalam filem saja, tak sedia buat lagu takut Syafiq Kyle ‘kutuk‘

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia paling bertuah” - Mimi Lana kongsi kemanisan bergelar isteri, Syafiq Kyle banyak berubah selepas nikah

Dalam pada itu, Mimi berkongsi bahawa ketabahan dirinya turut didorong Allahyarham nenek serta ibu-ibu saudaranya.

“Nenek saya adalah seorang ibu tunggal yang membesarkan 11 anak sambil bekerja, dan kebanyakan ibu saudara saya juga merupakan wanita yang bekerjaya.

“Saya membesar dengan rasa sangat terinspirasi dengan kecekalan mereka semua dan gembira melalui fasa berkenaan,” ujarnya. 

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sah bergelar suami isteri pada 14 Februari 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain