RAMAI individu yang memulakan hari mereka dengan menyemak mesej WhatsApp serta melayari media sosial sejurus bangun tidur.Namun, rutin pagi yang kelihatan biasa itu sebenarnya boleh mempengaruhi keadaan fizikal dan mental seseorang sepanjang hari. Menurut pakar, terdapat beberapa rutin yang boleh dilakukan pada waktu pagi bagi menyokong kesihatan tubuh dalam jangka panjang."Rutin pagi memainkan peranan dalam mengawal ritma sirkadian kita yang penting untuk pelbagai fungsi tubuh, termasuk penghasilan hormon, metabolisme serta kitaran tidur dan berjaga,” jelas Doktor Eksekutif dan Pengarah Perubatan di Next Health, Dr Jeffrey Egler, seperti dilaporkan Real Simple.Menurutnya, rutin pagi yang konsisten dan sihat dapat membantu meningkatkan fungsi tersebut, sekali gus menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik dari semasa ke semasa.Jadi, jika anda mahu menjaga kesihatan dan meningkatkan peluang untuk kekal sihat lebih lama, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat semula rutin yang dilakukan sejurus bangun tidur.1. Minum air sejurus bangun tidurHampir semua orang mengetahui kepentingan pengambilan air yang mencukupi, namun masih ramai yang menjalani hari tanpa minum air secukupnya.Bagi memastikan anda tidak terlupa, letakkan segelas air di sebelah katil sebelum tidur.“Minum segelas air sejurus bangun pada waktu pagi membantu proses pencernaan, menyokong metabolisme dan membantu menyingkirkan toksin,” kata Dr Egler.Ia penting kerana kekurangan air selepas tidur semalaman boleh menjadi antara punca seseorang mengalami kabus otak dan sukar memberikan tumpuan pada waktu pagi.2. Nikmati sarapan berkhasiatSarapan sering dianggap sebagai hidangan penting untuk memulakan hari.Ketua Pemakanan di ZOE, Dr Federica Amati, menekankan kepentingan mengambil hidangan yang kaya dengan serat dan protein berasaskan tumbuhan."Mengambil sarapan yang berkhasiat, kaya dengan serat dan mengutamakan protein berasaskan tumbuhan adalah kuncinya."Sarapan jenis ini membantu membekalkan nutrien penting, menyokong tenaga dan menyumbang kira-kira 20 peratus daripada pengambilan kalori harian kita," ujarnya.Ramai terlupa perkara asas seperti meneguk segelas air kosong selepas bangun tidur. -Gambar hiasan AI3. Lakukan regangan badanAktiviti fizikal tidak bermakna anda perlu memaksa diri pergi ke gim setiap pagi."Memulakan hari dengan sebarang bentuk pergerakan, sama ada regangan, yoga atau berjalan pantas, penting untuk meningkatkan peredaran darah, memperbaiki fleksibiliti dan mengawal ritma sirkadian, terutama jika anda dapat melakukannya di bawah cahaya semula jadi," terang Dr Amati.4. Latih kesedaran diriMelatih kesedaran diri tidak semestinya memerlukan masa yang panjang atau memenatkan.Anda hanya perlu melakukan aktiviti yang dirasakan selesa seperti menulis jurnal, menarik nafas dalam-dalam atau bermeditasi."Amalan ini bukan sahaja meningkatkan kejelasan mental dan kesejahteraan emosi, malah boleh membantu melindungi tubuh daripada kesan buruk tekanan kronik yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit," kata Dr Amati.5. Tetapkan niat untuk hari yang bakal dilaluiMenetapkan niat pada waktu pagi dapat membantu anda lebih sedar tentang perkara yang perlu dilakukan sepanjang hari.Anda juga boleh menulis matlamat atau tugasan tersebut di atas kertas dan membawanya bersama supaya lebih mudah kekal fokus."Meluangkan beberapa ketika untuk menyenaraikan matlamat dan keutamaan bagi hari tersebut boleh meningkatkan fokus serta produktiviti, selain menyumbang kepada rasa mempunyai tujuan,” kata Dr Egler.6. Nikmati kopi pada waktu pagiKopi bukan sekadar minuman untuk menghilangkan rasa mengantuk, malah ia turut dikaitkan dengan manfaat terhadap kesihatan usus.Selagi pengambilan air mencukupi, anda tidak perlu rasa bersalah untuk menikmati secawan kopi pada waktu pagi."Penyelidikan mendapati peminum kopi mempunyai ciri unik dalam mikrobioma usus mereka, khususnya mikroba ‘pencinta kopi’ yang dikenali sebagai Lawsonibacter dan berkembang dengan kehadiran kopi," jelas Dr Amati.