suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak risiko kanser, terkenal sebagai penawar semula jadi... Jangan tinggal dua ‘hiasan’ ini jika makan sate

Sate sekian lama menjadi antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. -Gambar hiasan AI

SIAPA sahaja yang tidak suka makan sate? Hidangan beraroma api arang dengan kuah kacang pekat ini memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. 

Tapi, pernahkah anda terfikir mengapa sate selalunya dihidangkan bersama timun dan bawang merah mentah di tepi pinggan?

Ramai menganggap ia sekadar hiasan untuk menghilangkan rasa muak tetapi rupanya ada rahsia saintifik di sebalik kewujudan dua bahan 'hiasan' ini!

Sate enak dimakan bersama kuah kacang.

Bahaya di sebalik keenakan makanan dibakar 

Menurut perkongsian daripada pakar farmakologi, Dr. Amin Malik Shah Abdul Majid di sebuah video terbitan ML Studios, makanan dibakar pada suhu tinggi seperti sate atau daging barbeku menghasilkan sebatian kimia berbahaya dikenali sebagai PAH (Polycyclic Aromatic Hydrocarbons).

Bila lemak daging menitik ke atas arang panas dan asapnya naik mengenai makanan, PAH akan terbentuk. 

"Dari segi kimia, dalam bahagian hitam bila lemak tu kena high temperature, dia akan menghasilakn satu compound nama PAH," katanya.

Sebatian ini dilaporkan mempunyai sifat karsinogenik yang berupaya merosakkan DNA manusia dan meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser, terutamanya kanser hati jika diambil dalam jumlah yang tinggi secara kerap.

Bukti saintifik juga menunjukkan bahawa individu selalu menikmati makanan panggang atau barbeku berdepan risiko kanser lebih tinggi.

Namun, ini tidak bermakna anda perlu panik atau terus membuang sate daripada sebahagian makanan kegemaran. 

Ini kerana timun dan bawang mentah dihidangkan bersama sate sebenarnya bertindak sebagai penawar semula jadi. 

Sayuran segar ini mengandungi sebatian aktif dan antioksidan yang membantu meneutralkan kesan racun atau sebatian PAH tersebut di dalam badan kita.

Artikel Lain