Mereka yang berdepan dengan masalah jerawat yang teruk disarankan menjalani pemeriksaan dengan pakar dermatologi. -Gambar hiasan AI
KEMUNCULAN jerawat secara tiba-tiba pada wajah sememangnya menimbulkan tanda tanya, terutamanya apabila rutin penjagaan kulit yang selama ini diamalkan seakan tidak lagi berkesan.Pelbagai perkara boleh menjadi punca antaranya perubahan hormon, tekanan, pemakanan, tahap kebersihan wajah serta penggunaan produk yang tidak sesuai. Namun lain pula ceritanya bagi seorang wanita apabila dia mula terfikir bahawa tabiat suaminya yang gemar mencium wajah mungkin menjadi faktor penyebab kulitnya mengalami masalah.Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan berkata wajahnya mula mengalami masalah jerawat yang teruk sejak kebelakangan ini iaitu kira-kira empat bulan selepas berpindah ke rumah suaminya."Isteri yang selalu dicium suami. Muka anda naik jerawat tak? Saya berpindah ke rumah suami dah hampir empat bulan. Sejak kebelakangan ni muka saya naik jerawat yang teruk."Produk skincare macam dah tak berkesan. Pada mulanya saya sangka puncanya mungkin disebabkan berus solekan kotor."Kemudian saya teringat pula mungkin sebenarnya berpunca daripada suami. Dia suka cium setiap masa, terutamanya dekat dahi, tempat itu yang paling banyak naik jerawat," katanya.Jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya bakteria pada mulut yang bersentuhan dengan kulit wajah. -Gambar hiasan Persoalan wanita itu kemudiannya mendapat perhatian seorang doktor gigi, @nabilahrdzn, yang menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan bakteria daripada mulut berpindah ke kulit melalui sentuhan.Menurutnya, mulut manusia sememangnya mempunyai pelbagai jenis bakteria, termasuk bakteria baik dan bakteria yang boleh menyebabkan masalah kesihatan tertentu."Sebenarnya, ada juga benarnya dalam hal ini. Mulut kita sangatlah banyak bakteria. Bakteria yang baik dan jahat."Cuba fikir kembali, selalu HCW (petugas kesihatan) akan bagi nasihat dekat ibu-ibu jangan tiup makanan anak, jangan kongsi sudu untuk elakkan pemindahan bakteria daripada mulut orang dewasa kepada bayi."Lebih-lebih lagi bakteria yang menyebabkan gigi berlubang," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Jerawat sukar hilang, muka cantik tapi jodoh lambat... Perawat dedah ramai tak sedar terkena sihir wajahTambah doktor gigi berkenaan, jika bakteria daripada mulut boleh berpindah melalui sentuhan atau perkongsian peralatan makan, terdapat kemungkinan bakteria juga boleh terkena pada permukaan kulit."Jadi, kalau bakteria dalam mulut boleh berpindah atau tersebar, ada kemungkinan ia juga boleh berpindah ke kulit dan menyebabkan reaksi," katanya.Bagaimanapun, masalah jerawat lazimnya mempunyai pelbagai faktor dan tidak semestinya berpunca daripada satu perkara sahaja.Justeru, sekiranya jerawat muncul secara berterusan atau semakin teruk, pemeriksaan oleh doktor atau pakar dermatologi boleh membantu mengenal pasti punca sebenar serta mendapatkan rawatan yang sesuai.