suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kajian dedah perkara mengejutkan, bayi seawal 8 bulan sudah pandai ‘menipu’... Ibu bapa jangan risau, bukan tanda anak bermasalah

Anak kecil lazimnya meluahkan perasaan menerusi tangisan jika kemahuan mereka tidak dipenuhi. -Gambar hiasan AI

MUNGKIN ramai ibu bapa menyangka anak kecil hanya mula belajar menipu apabila mereka semakin membesar. 

Namun, satu kajian mendapati tingkah laku yang boleh dikaitkan dengan penipuan sebenarnya mungkin berlaku jauh lebih awal daripada yang disangka.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cognitive Development itu mendapati bayi dan kanak-kanak kecil boleh menunjukkan tingkah laku yang menyerupai penipuan seawal usia lapan bulan.

Bagaimanapun, pakar menegaskan perkara itu tidak bermaksud bayi sudah pandai berbohong atau sengaja memanipulasi ibu bapa.

Sebaliknya, ia dipercayai sebahagian daripada proses perkembangan otak dan kemahiran sosial mereka.

Apa maksud bayi 'menipu'?

Menurut pakar neuropsikologi, Sanam Hafeez, penipuan pada usia terlalu muda tidak boleh disamakan dengan pembohongan yang dilakukan kanak-kanak lebih besar.

Ia lebih kepada tindakan anak melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang diingini atau mengelakkan sesuatu yang tidak disukainya.

Sebagai contoh, bayi menangis untuk mendapatkan perhatian atau didukung, kemudian berhenti menangis selepas ibu atau bapanya mengangkatnya.

Kajian libatkan lebih 750 kanak-kanak

Dalam kajian berkenaan, penyelidik mendapatkan maklumat daripada ibu bapa kepada lebih 750 anak kecil sifar hingga 47 bulan mengenai tingkah laku anak mereka.

Dapatan kajian menunjukkan laporan paling awal mengenai kanak-kanak yang memahami dan menghasilkan tingkah laku penipuan adalah pada usia lapan bulan.

Sesuatu tingkah laku untuk menarik perhatian orang dewasa menunjukkan perkembangan pemikiran sosial anak kecil. -Gambar hiasan

Kajian itu juga menganggarkan kira-kira 25 peratus kanak-kanak mula memahami konsep penipuan pada usia 18 bulan, manakala kebolehan menghasilkan tingkah laku tersebut boleh muncul sekitar usia 16 bulan.

Namun, pakar mengingatkan bahawa hasil kajian itu perlu ditafsir dengan berhati-hati kerana maklumat berkenaan diperoleh berdasarkan pemerhatian dan persepsi ibu bapa, bukannya pemerhatian terus oleh penyelidik.

Bukan tanda anak bermasalah

Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, Molly O'Shea, tingkah laku seperti ini tidak semestinya petanda anak mempunyai masalah tingkah laku.

Sebaliknya, ia boleh menjadi tanda bahawa otak mereka sedang berkembang dan mula memahami bahawa orang lain mungkin mempunyai pengetahuan, keinginan dan reaksi yang berbeza daripada diri mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bau ‘telur’ lepas balik sekolah, kaum ibu pakat kongsi petua atasi masalah badan hanyir

Untuk 'memperdaya' seseorang, kanak-kanak perlu mula memahami apa yang diketahui atau tidak diketahui oleh orang lain serta menjangka bagaimana individu tersebut akan bertindak.

Kemahiran itu dianggap sebagai perkembangan pemikiran sosial yang agak kompleks bagi kanak-kanak kecil.

Ibu bapa tak perlu terus marah

Justeru, ibu bapa disaran supaya tidak terlalu panik atau menghukum anak apabila menyedari mereka melakukan perkara yang kelihatan seperti menipu.

Sebaliknya, cuba fahami mengapa anak bertindak sedemikian dan lihat ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

Reaksi ibu bapa terhadap tingkah laku tersebut juga penting kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan kepercayaan dan hubungan antara anak dengan penjaga.

Jika tingkah laku anak menimbulkan kebimbangan atau berlaku secara berterusan sehingga mengganggu kehidupan harian, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik.

Apa yang penting, apabila anak kecil mula 'menipu', ia tidak semestinya bermakna mereka sudah menjadi seorang yang licik.

Mungkin sebenarnya, mereka cuma sedang belajar bagaimana dunia sosial di sekeliling mereka berfungsi.

Artikel Lain