suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benarkah urat dahi timbul petanda nyawa sedang ditarik? Rupanya ramai abai mesej daripada tubuh

Urat timbul di bahagian dahi sering disalah anggap sebagai tanda kematian. -Gambar hiasan AI

SOAL ajal dan maut merupakan rahsia Pencipta yang tidak boleh diramal, apatah lagi diketahui tarikh mahupun waktu ia akan tiba.

Namun di media sosial, tular dakwaan yang mengatakan pembentukan urat ketara di bahagian dahi kononnya merupakan salah satu petanda awal seseorang itu sedang menghampiri detik kematian.

Topik hangat yang diperkatakan itu sedikit sebanyak mencetuskan rasa cemas dan panik dalam kalangan netizen yang bimbang sekiranya perkara berkenaan berasas.

Tampil merungkaikan kebimbangan itu, Public Health Malaysia menegaskan bahawa fahaman tersebut adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya ia hanyalah salah satu simptom perubatan biasa yang berkait rapat dengan faktor kesihatan serta genetik.

"Urat di dahi boleh kelihatan lebih jelas apabila salur darah mengembang ketika cuaca panas, selepas bersenam, batuk atau ketika meneran.

"Ia juga boleh lebih ketara kerana faktor genetik, usia, kulit yang nipis atau selepas berat badan berkurang.

"Urat dahi yang timbul bukan tanda seseorang akan meninggal dunia, apa yang berlaku adalah satu kebetulan yang sangat menyedihkan," katanya di laman Facebook.

Sementara itu, laman web Healthline turut melaporkan bahawa urat di bahagian dahi berpunca akibat isu kesihatan serta cuaca panas melampau.

Malah, masalah sakit kepala dan keradangan mata turut menyumbang tekanan pada kepala yang akhirnya menyebabkan pembentukan urat biru di dahi.

Jika ia berlarutan serius, individu boleh mendapatkan nasihat doktor dengan beberapa pilihan rawatan tersedia antaranya pembedahan elektro, skleroterapi dan laser.

Untuk rekod, Healthline merupakan salah satu portal maklumat kesihatan dan perubatan terkemuka dari Amerika Syarikat yang berasaskan rujukan saintifik.

Ia menyediakan maklumat perubatan percuma yang ditulis dan disemak oleh pakar kesihatan atau doktor untuk bacaan awam.

Artikel Lain