suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hembus bagai nak rak, baru rasa lega… Ramai tak sedar tabiat biasa buang hingus rupanya bawa padah!

Menghembus hingus perlu dilakukan dengan betul bagi mengurangkan risiko tekanan berlebihan pada telinga. -Gambar hiasan AI

MASALAH selesema sememangnya membuatkan sesiapa sahaja berasa tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila hidung mula tersumbat dan cecair hingus terkumpul rapat dalam rongga.

Situasi ini menyebabkan ramai mengambil jalan mudah dengan menghembus hingus sekuat hati kerana mahu memastikan lendiran yang terkumpul keluar sepenuhnya.

Namun, tahukah anda bahawa perbuatan menghembus hingus terlalu kuat sebenarnya sangat berbahaya? 

Pakar Otorinolaringologi (ENT) di Hospital Islam Az-Zahrah, Dr Azlan Iskandar Ishak menjelaskan, tekanan yang terhasil ketika seseorang menghembus hingus dengan kuat boleh dipindahkan dari hidung ke telinga tengah.

"Apabila seseorang hembus hingus dengan kuat, tekanan dalam hidung meningkat. Tekanan ini boleh dipindahkan ke telinga tengah melalui saluran yang dipanggil Eustachian.

"Saluran ini menghubungkan bahagian belakang hidung dengan telinga tengah," katanya.

Jelasnya, apabila tekanan daripada hidung terlalu kuat, ia boleh dipindahkan ke gegendang telinga.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak meragam ketika batuk dan selesema? Doktor ini kongsi 6 tip atasi masalah kahak si kecil

Dalam kebanyakan kes, keadaan tersebut boleh menyebabkan gegendang telinga berasa sakit atau tidak selesa.

Bagaimanapun dalam kes ekstrem, tekanan yang terlalu tinggi berisiko menyebabkan gegendang telinga pecah.

Cara selamat hembus hingus

Bagi mengurangkan risiko tekanan berlebihan pada telinga, Dr Azlan menyarankan supaya menghembus hingus dengan cara yang betul.

1. Hembus hingus perlahan-lahan, satu lubang hidung pada satu masa

2. Gunakan tisu atau sapu tangan untuk menutup hidung ketika hembus

3. Elakkan menghembus dengan terlalu kuat, terutama jika hidung sangat tersumbat

4. Hembusan hingus kuat biasanya tidak membahayakan, tetapi ada risiko ia boleh memberi tekanan berlebihan pada telinga.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil ringan sekiranya mengalami gejala tertentu selepas menghembus hingus.

Sekiranya berlaku sakit telinga atau pendengaran berkurang, segera dapatkan pemeriksaan daripada doktor, khususnya pakar ENT bagi memastikan tiada kecederaan atau masalah pada gegendang telinga.

Artikel Lain