suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan abai masalah perut buncit! Amaran awal penyakit berkaitan jantung, ambil tahu bahaya lemak viseral di abdomen

Sekiranya ukuran pinggang melebihi paras ideal, ia boleh meningkatkan risiko masalah metabolik sekali gus berkait dengan penyakit jantung. -Gambar hiasan

RAMAI menganggap masalah perut buncit adalah lumrah apabila memasuki usia pertengahan.

Namun di sebalik perubahan fizikal itu, ada sesuatu yang lebih penting patut diberi perhatian.

Hakikatnya, perut buncit menandakan pengumpulan lemak pada bahagian abdomen dan boleh menjadi petunjuk peningkatan risiko penyakit jantung berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology (JACC).

Selama ini, Indeks Jisim Badan (BMI) sering digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan atau obes, selain membantu menilai risiko berkaitan penyakit jantung.

Bagaimanapun, penyelidik dari Johns Hopkins University (JHU) dan American College of Cardiology menyatakan ukuran nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) dan lilitan pinggang wajar diberi perhatian kerana ia boleh memberikan gambaran lebih tepat mengenai risiko kardiovaskular berbanding BMI semata-mata.

FILED - Popular weight-loss drugs like Wegovy can help people lose weight, but cancer patients should check with their doctors before taking them. Photo: Lino Mirgeler/dpa

Angka pada penimbang sahaja tidak semestinya memberikan gambaran lengkap mengenai kesihatan metabolik dan jantung seseorang. -Gambar hiasan

Mengapa lemak di abdomen membimbangkan?

Ukuran BMI iaitu ukuran berat badan berbanding ketinggian, tidak dapat menggambarkan taburan lemak dalam badan dengan tepat.

Sebagai contoh, seseorang mungkin mempunyai berat badan sederhana berdasarkan BMI tetapi jumlah lemak di bahagian abdomen khususnya lemak viseral lebih tinggi.

Lemak viseral ialah lemak terkumpul jauh di dalam rongga abdomen dan mengelilingi organ dalaman dan ia berbeza daripada lemak yang berada di bawah kulit.

Malah, lemak viseral boleh menjadi lebih sukar untuk disingkirkan walaupun seseorang sudah berusaha menjaga pemakanan dan melakukan senaman secara konsisten.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai anggap perkara biasa! Jangan abai sakit gigi ketika hamil, perubahan hormon boleh jadi penyebab komplikasi serius

Menurut penulis utama kajian merangkap pakar biostatistik kanan JHU, Dr Zeina Dardari, bergantung semata-mata kepada BMI boleh menyebabkan risiko kardiovaskular seseorang tersalah diklasifikasikan.

Sementara itu, memetik perkongsian Klinik Anda 24jam, lemak viseral dianggap lebih berbahaya berbanding lemak berada di bawah kulit kerana ia boleh menghasilkan bahan keradangan yang memberi kesan kepada metabolisme tubuh.

Antaranya meningkatkan rintangan insulin (insulin resistance), meningkatkan risiko diabetes, meningkatkan tekanan darah, meningkatkan paras trigliserida serta menurunkan HDL atau kolesterol baik selain mempercepatkan pembentukan plak dalam salur darah jantung.

Kesemua faktor berkenaan boleh menyumbang kepada peningkatan risiko masalah kardiovaskular seperti penyakit salur darah jantung, strok dan serangan jantung.

Badan tidak terlalu besar, tapi perut buncit?

Ada individu kelihatan tidak terlalu berisi atau mempunyai berat badan yang masih dalam julat tertentu, tetapi mempunyai lemak tertumpu di bahagian perut.

Justeru, angka pada penimbang sahaja tidak semestinya memberikan gambaran lengkap mengenai kesihatan metabolik dan jantung seseorang.

Jadi, berapa ukuran pinggang perlu diberi perhatian? Bagi populasi Asia, ukuran lilitan pinggang sering digunakan sebagai rujukan adalah:

Lelaki: kurang daripada 90 sentimeter (sekitar 35 inci)

Wanita: kurang daripada 80 sentimeter (sekitar 31 inci)

Jika ukuran pinggang melebihi paras tersebut, risiko masalah metabolik (berkaitan gula dalam darah, tekanan darah, obesiti dan kolesterol) boleh meningkat, sekali gus berkait dengan risiko penyakit jantung.

Justeru, jangan hanya fokus pada angka di penimbang. 

Perhatikan juga ukuran pinggang anda. Kadang-kadang, perut buncit adalah amaran awal bahawa jantung sedang berisiko.

Artikel Lain