suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak salah tidur siang! Pakar kongsi manfaatnya, tapi ada sebab jangan lebih 20 minit

Rasa mengantuk pada waktu siang lazim berlaku dan boleh disebabkan oleh faktor seperti kurang tidur, keletihan, tekanan, atau rutin harian yang tidak teratur. -Gambar hiasan AI

RAMAI daripada kita yang memilih tidur siang terutama selepas makan tengah hari atau ketika tubuh berasa terlalu letih akibat melakukan kerja berat.

Namun, adakah amalan tidur siang setiap hari baik untuk tubuh atau boleh mendatangkan kesan tidak baik?

Pakar terapi tidur, Jessica Fink menjelaskan ia boleh mendatangkan manfaat jika seseorang benar-benar mengantuk dan dilakukan dalam tempoh sesuai.

Kata Fink, rasa mengantuk berbeza dengan sekadar berasa letih.

Antara tanda-tandanya adalah termasuk mata sukar dibuka, kepala mula tersengguk-sengguk atau sukar menumpukan perhatian.

In a new study, researchers have found that the hot flashes and night sweats experienced by many middle-aged women may be linked to a higher risk of obstructive sleep apnea. (Dreamstime)

Tidur berlebihan pada waktu siang boleh menganggu dorongan semula jadi tubuh untuk tidur pada waktu malam.

"Tidur siang boleh membantu mengurangkan rasa mengantuk dan sering disyorkan kepada pekerja syif serta individu yang mengalami rasa mengantuk berlebihan pada waktu siang," katanya seperti dipetik Real Simple.

Bagaimanapun ujarnya, tidur siang yang terlalu kerap boleh mengurangkan sleep drive, iaitu dorongan semula jadi tubuh untuk tidur.

Keadaan itu berpotensi menyebabkan seseorang sukar melelapkan mata pada waktu malam.

20 minit sudah memadai

Justeru jika benar-benar mengantuk, Fink menyarankan supaya tidur siang dilakukan dalam tempoh singkat, sekitar 20 minit.

Ini kerana menurutnya, tempoh lelap terlalu lama boleh menyebabkan seseorang bangun dalam keadaan mamai.

Selain tempoh, waktu tidur siang juga penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebihan susu ibu diproses jadi serbuk, tahan hingga 3 tahun... Bapa kongsi pengalaman guna teknologi ‘freeze-drying’ 

Ia sebaiknya dilakukan ketika tubuh mengalami penurunan tenaga secara semula jadi mengikut ritma sirkadian, iaitu 'jam biologi' badan yang mengawal banyak fungsi tubuh mengikut kitaran lebih kurang 24 jam.

Menurut Fink, waktu tersebut lazimnya berlaku sekitar tujuh hingga sembilan jam selepas waktu tubuh mula bangun.

Kesimpulannya, tidur siang tidak semestinya perlu dielakkan, namun pastikan ia dilakukan ketika benar-benar mengantuk, dalam tempoh yang singkat dan tidak mengganggu tidur pada waktu malam.

Artikel Lain