Shafiq dan isterinya mengambil inisiatif memproses lebihan susu badan kepada serbuk dengan menggunakan teknologi dari sebuah syarikat.
GOLONGAN ibu yang mengalami oversupply atau menghasilkan susu badan melebihi keperluan bayi, ia juga boleh menjadi satu masalah.Ini termasuk cabaran ruang penyimpanan yang terhad dan boleh menyebabkan pembaziran susu. Namun, perkembangan teknologi kini membolehkan susu ibu diproses daripada bentuk cecair kepada serbuk menerusi kaedah freeze-drying atau pengeringan beku.Perkara itu dikongsikan personaliti media sosial, Shafiq Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Shafiqcute, selepas dia dan isterinya menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat untuk memproses lebihan susu ibu yang disimpan kepada bentuk serbuk.Menurut Shafiq, kaedah tersebut bukan sahaja menjimatkan ruang, malah memudahkan urusan membawa susu ketika keluar berjalan atau melancong.Katanya, susu dalam bentuk serbuk lebih mudah dikendalikan berbanding susu beku yang memerlukan beg khas, ice pack dan warmer ketika dibawa bersama.“Sekurang-kurangnya boleh tahan sehingga tiga tahun dan senang nak bawa travel. Nak bawa ke pengasuh pun mudah,” ujarnya.Dalam pada itu, Shafiq turut menjelaskan bahawa susu berkenaan diproses untuk kegunaan anaknya sendiri susulan persoalan sesetengah pihak mengenai hukum menjual susu ibu.“Sah-sah dah beritahu untuk kegunaan anak sendiri, bukan untuk anak orang lain,” ujarnya.Banyak khasiat masih boleh dikekalkanMengulas mengenai teknologi tersebut, pakar nutrisi, @nutritionisthanim menjelaskan bahawa susu ibu sememangnya boleh diproses menjadi serbuk menggunakan kaedah freeze-drying.Menerusi proses itu, susu dibekukan sebelum air dikeluarkan dalam keadaan vakum. Ia bukan proses membakar susu sehingga menjadi abu.Menurutnya, banyak khasiat masih boleh dikekalkan, namun komposisinya tidak semestinya sama 100 peratus seperti susu ibu dalam bentuk cecair.ARTIKEL BERKAITAN: Kiri sekejap, kemudian kanan pula... Lepas dengar taklimat baru tahu ramai ibu silap teknik menyusu bayiProtein, lemak, karbohidrat dan mineral masih boleh dikekalkan selepas proses tersebut.Susu ibu mengandungi pelbagai bahan bioaktif seperti antibodi, lactoferrin, lysozyme, HMO, enzim, hormon dan faktor tumbesaran yang sebahagiannya boleh kekal selepas proses pengeringan.Bagaimanapun, sesetengah komponen mungkin berkurang atau berubah bergantung kepada kaedah pemprosesan yang digunakan.Antara kelebihan susu ibu diproses menerusi kaedah ini ialah lebih mudah disimpan, ringan untuk dibawa serta mempunyai jangka hayat lebih panjang dalam keadaan penyimpanan yang sesuai.Namun begitu ujarnya, aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan.Susu perlu melalui beberapa peringkat termasuk kutipan, pengendalian, pemprosesan, pengeringan, pembungkusan dan penyimpanan.Justeru, kebersihan serta kawalan mikrobiologi pada setiap peringkat amat penting bagi mengurangkan risiko pencemaran.Teknologi freeze-drying susu ibu sememangnya menarik dan mempunyai potensi, namun kajian klinikal berkaitan penggunaannya terutama untuk bayi pramatang dan penggunaan jangka panjang masih terhad.Kesimpulannya, susu ibu dalam bentuk serbuk masih mempunyai nilai pemakanan dan sebahagian komponen bioaktif, tetapi ia tidak boleh dianggap sama sepenuhnya dengan susu ibu dalam bentuk cecair.