Sakit gigi yang berterusan sewaktu hamil tidak seharusnya dianggap sebagai perkara normal. -Gambar hiasan AI
BERMULA dengan sakit gigi yang disangka sekadar salah satu simptom kehamilan, seorang wanita akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas disahkan mengalami serangan kuman yang menyebabkan beberapa organnya mengalami kerosakan akut.Lebih memilukan, wanita berkenaan sebelum ini dikatakan kerap mengalami sakit gigi setiap kali hamil namun keadaan itu dianggap biasa kerana kesakitan berkenaan hilang selepas bersalin. "Allahyarham selalu sakit gigi terutamanya ketika mengandung. Setiap kali Allahyarham hamil, dia akan sakit gigi."Namun selepas bersalin, sakit gigi pun hilang. Sangkaan kami itu salah satu simptom mengandung dan hanya mengambil Panadol ketika sakit," demikian perkongsian suami kepada wanita berkenaan di media sosial. Menurut lelaki itu, isterinya pernah mendapatkan rawatan susulan selepas melahirkan anak bongsu mereka, termasuk menjalani pemeriksaan darah dan imbasan CT.Bagaimanapun, keadaan kesihatannya tidak menunjukkan perkembangan positif, malah tekanan darah semakin rendah sebelum suhu badan meningkat secara mendadak.Bermula dengan kegagalan fungsi paru-paru sehingga terpaksa ditidurkan, lelaki itu berkata dalam hari yang sama buah pinggang isterinya juga gagal berfungsi. Wanita hamil yang mengalami sakit gigi berpanjangan disarankan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti punca dan rawatan yang sesuai. -Gambar hiasan AIMalah jantungnya terhenti dua kali sepanjang ditidurkan sehinggalah menghembuskan nafas terakhir pada petang 11 September lalu. "Doktor pakar sahkan bahawa kuman yang menyerang organ Allahyarham berpunca daripada sakit gigi dialaminya selama ini," katanya.Kisah berkenaan membuka mata bukan sahaja wanita hamil tetapi masyarakat umumnya tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut.Ini kerana sakit gigi atau masalah gusi masih dianggap sebagai perkara biasa dan tidak memerlukan pemeriksaan segera. Perubahan hormon boleh pengaruhi kesihatan gigi dan gusiKehamilan sememangnya membawa pelbagai perubahan kepada tubuh wanita, termasuk perubahan hormon yang boleh mempengaruhi keadaan gigi dan gusi.Peningkatan hormon seperti estrogen dan progesteron boleh menyebabkan gusi menjadi lebih sensitif, mudah berdarah dan mengalami keradangan, yang dikenali sebagai gingivitis kehamilan.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil tolong ‘alert’ tentang 7 perkara ini! Jangan sebab nak glowing, merana badan... Doktor tempat rujukan terbaikSelain perubahan hormon, masalah seperti plak berlebihan, gigi berlubang dan penyakit gusi juga boleh menyebabkan sakit gigi ketika hamil.Justeru, sakit gigi yang berterusan tidak seharusnya dianggap sebagai perkara normal hanya kerana seseorang wanita sedang mengandung.Dalam keadaan tertentu, jangkitan pada gigi atau gusi yang tidak dirawat boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan perubatan segera. Bagaimanapun, punca sebenar sesuatu jangkitan serta kaitannya dengan komplikasi organ perlu dinilai dan disahkan oleh doktor.Jangan tangguh pemeriksaan gigiIbu hamil yang mengalami sakit gigi berpanjangan disarankan mendapatkan pemeriksaan doktor gigi bagi mengenal pasti punca dan rawatan yang sesuai.Rawatan pergigian seperti tampalan, scaling atau rawatan saluran akar boleh dilakukan ketika hamil mengikut keadaan dan usia kandungan.Bagi sesetengah prosedur yang tidak mendesak, trimester kedua lazimnya menjadi tempoh lebih sesuai selepas dinilai doktor.Pada masa sama, ibu hamil perlu menjaga kebersihan mulut dengan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan membersihkan celah gigi bagi mengurangkan risiko plak serta keradangan gusi.Jika sakit gigi disertai bengkak, demam, keluar nanah atau keadaan semakin teruk, pemeriksaan perlu dilakukan segera dan tidak hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.