BAYI atau anak kecil sememangnya suka meneroka apa sahaja di sekeliling mereka.Pantang melihat objek kecil, pantas sahaja ia dimasukkan ke dalam mulut kerana mereka menyangka ia adalah makanan. Disebabkan itu, ibu bapa perlu lebih berwaspada kerana perbuatan memasukkan objek ke dalam mulut boleh menyebabkan mereka tertelan benda asing tanpa disedari.Antara situasi yang pastinya mencetuskan rasa panik ialah apabila anak disyaki tertelan duit syiling.Apa yang perlu dilakukan ibu bapa sekiranya perkara itu berlaku?Menurut perkongsian portal kesihatan Hello Doktor, kebanyakan duit syiling yang tertelan akan melalui sistem pencernaan dan keluar bersama najis tanpa menyebabkan masalah serius.Malah, sekitar 80 hingga 90 peratus kes syiling yang ditelan dilaporkan boleh keluar sendiri dalam tempoh satu hingga dua hari, terutama kerana bentuknya yang bulat dan tidak mempunyai bucu tajam.Namun tidak bermakna situasi itu boleh dipandang ringan kerana objek berkenaan boleh tersangkut pada saluran makanan atau esofagus dan menyebabkan komplikasi.Si kecil tidak sewajarnya dibiarkan bermain tanpa pemantauan kerana dibimbangi berlaku insiden yang tidak diingini. -Gambar hiasan AIBerikut merupakan tanda-tanda pada anak kecil sekiranya syiling atau objek asing tersangkut pada esofagus:- Air liur keluar secara berterusan.- Kesukaran untuk menelan.- Muntah.- Mengadu sakit perut atau kelihatan tidak selesa.- Berasa ada sesuatu yang tersekat di tekak.- Demam.- Sukar bercakap atau menangis seperti biasa.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ingat boleh sebabkan gastrik, ini penjelasan mengapa paracetamol lebih berkesan jika dimakan ketika perut kosongSekiranya anak tidak menunjukkan sebarang simptom dan kelihatan sihat selepas tertelan objek asing yang kecil, licin dan tidak beracun, ibu bapa boleh memerhatikan keadaannya sementara menunggu objek tersebut keluar melalui najis.Paling penting, ibu bapa perlu elakkan melakukan tiga perkara ini:1. Jangan memberi ubat julap kepada anak semata-mata untuk mempercepatkan proses pembuangan2. Jangan cuba membuatkan anak muntah3. Jangan memberikan makanan atau minuman Jika doktor mengesahkan objek yang ditelan boleh dibiarkan keluar secara semula jadi, ibu bapa boleh memeriksa najis anak dalam tempoh dua hingga tiga hari berikutnya untuk memastikan syiling atau objek berkenaan sudah dikeluarkan.Dalam masa yang sama, anak juga boleh diberikan makanan yang sesuai, termasuk makanan lembut dan berserat, selain memastikan pengambilan air mencukupi supaya mereka kekal terhidrat.Jika syiling atau benda asing yang ditelan tidak dikesan dalam najis selepas tempoh sekitar 48 jam, atau anak mula menunjukkan sebarang simptom, ibu bapa disarankan membawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.