suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahaya emosi memuncak, wanita kongsi cara efektif redakan kemarahan bergaduh dengan suami - “Masuk bilik, kunci pintu”

Suami isteri sepatutnya menjaga tutur kata walaupun kemarahan sedang memuncak. -Gambar hiasan AI

MEMBINA rumah tangga yang bahagia bukan perkara mudah kerana setiap pasangan pasti berdepan perbezaan pendapat dan perselisihan faham.

Ada kalanya pertengkaran kecil menjadi lebih besar kerana suami isteri terbawa-bawa perasaan marah sehingga mengeluarkan kata-kata yang melukakan pasangan.

Perkara itu turut menjadi perhatian di Threads apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap dirinya kerana sukar mengawal kemarahan setiap kali bertengkar dengan suami.

"Macam mana nak jadi baik? Aku penatlah setiap kali gaduh dengan suami, aku akan naik hantu. Padahal aku ini solat lima waktu, tutup aurat dan suka bersedekah. 

"Susah aku nak masuk syurga kalau macam ini," luah wanita itu.

Penggunaan kata-kata kesat tidak sepatutnya diamalkan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Beri ruang, asingkan diri seketika!

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai netizen termasuk seorang wanita yang berkongsi caranya dalam menguruskan konflik rumah tangga.

Menurut wanita itu, antara nasihat terbaik mengenai perkahwinan yang pernah diterimanya ialah pasangan perlu memberi ruang kepada satu sama lain apabila sedang marah.

"Salah satu nasihat terbaik mengenai perkahwinan yang pernah saya dapat ialah apabila kita atau pasangan sedang marah, asingkan diri terlebih dahulu.

"Masuk bilik, kunci pintu kalau perlu, atau kalau suami pula yang sedang marah, biarkan dia keluar sekejap. Yang penting, beri ruang untuk masing-masing bertenang," ujarnya.

Jelas wanita itu lagi, pasangan suami isteri juga biasanya sukar berfikir dengan waras dan mudah terbawa-bawa emosi ketika berbincang dalam keadaan yang marah.

"Kita tidak boleh berkomunikasi dengan baik ketika sedang marah kerana pada waktu itu, matlamat kita mungkin hanya mahu mengatakan apa sahaja untuk menyakiti hati pasangan. 

"Pertimbangan kita juga boleh dipengaruhi oleh emosi. Apabila keadaan sudah kembali tenang, barulah berbincang dan cuba selesaikan masalah. 

"Perkahwinan bukan sentiasa indah dan mudah, kerana setiap rumah tangga pasti ada cabarannya," pesannya lagi.

Artikel Lain