suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai beli seluar dalam murah... Doktor ulas dakwaan fabrik poliester jejaskan pengeluaran sperma, punca lelaki mandul

Seluar dalam yang berkualiti penting untuk keselesaan sang pemakai. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda menjadi perhatian ramai selepas memuat naik kenyataan mendakwa seluar dalam jenama murah yang diperbuat daripada fabrik poliester menjadi punca masalah kesuburan kaum Adam.

Dakwa pemuda itu, fabrik poliester boleh memerangkap haba di kawasan kerandut zakar, sekali gus mengurangkan pengeluarkan sperma dan menjejaskan kesuburan.

"Lelaki kalau tak nak subur, pakailah spender poliester murah tu. Poliester juga boleh membebaskan zarah mikroplastik. 

"Pendedahan kepada mikroplastik sedang dikaji kerana berpotensi dikaitkan dengan gangguan hormon dan masalah reproduktif.

Selain itu, geseran poliester dengan kulit boleh menghasilkan cas elektrostatik. Teruskan pakai, bro," tulisnya di Threads.

Semak Fakta!

Namun, sejauh manakah dakwaan lelaki itu memandangkan ramai warga maya mengakui mereka sudah lama menggunakan seluar dalam daripada fabrik poliester.

Dr Prakrutha S, Pakar Perubatan Kesuburan dan Reproduktif di Hospital Aster CMI, Bengaluru, India berkata dakwaan itu kebanyakannya berpunca daripada beberapa kajian berskala kecil yang dijalankan sejak sekian lama.

Terdapat pelbagai jenis seluar dalam yang tersedia di pasaran. -Gambar hiasan AI

Jelasnya, dapatan kajian-kajian itu tidak sepatutnya dianggap sebagai bukti muktamad bahawa seluar dalam jenis poliester bole menyebabkan jumlah sperma lelaki menurun sehingga sifar.

Dia berkata beberapa kajian awal memang melaporkan pengurangan penghasilan sperma dalam kalangan lelaki yang memakai pakaian poliester. 

Bagaimanapun, kajian tersebut mempunyai batasan tertentu, termasuk saiz sampel kecil dan reka bentuk kajian yang menyukarkan hasilnya digunakan untuk mewakili populasi umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main beli je... Cuba 3 tip pilih seluar dalam supaya kesihatan kemaluan terjaga

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki! Jangan pakai seluar dalam sembarangan, ketahui bentuk badan untuk tampil lebih menarik dan seksi

"Disebabkan batasan ketara dari segi metodologi, hasil kajian tersebut tidak dianggap sebagai bukti konklusif," katanya.

Dr Prakrutha berkata kajian yang lebih terkini dan berkualiti tinggi tidak secara konsisten menunjukkan kaitan antara pemakaian seluar dalam poliester dengan azoospermia, iaitu keadaan apabila air mani tidak mengandungi sperma.

Sebaliknya, dia menjelaskan kesuburan lelaki dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk tahap kesihatan keseluruhan, gaya hidup, keadaan perubatan dan pendedahan kepada haba.

Mengulas secara khusus mengenai penggunaan poliester, dia menjelaskan bahawa bukti semasa tidak menunjukkan fabrik itu sendiri secara langsung menjejaskan penghasilan sperma.

Artikel Lain