suria

Jangan main beli je... Cuba 3 tip pilih seluar dalam supaya kesihatan kemaluan terjaga

Membeli seluar dalam juga perlu mengambil kira pelbagai faktor.

APAKAH pertimbangan anda ketika membeli seluar dalam? Jika rekaan atau warna yang menjadi pilihan, maka anda telah buat kesilapan besar.

Terdapat pelbagai faktor lain yang perlu diberi keutamaan ketika membeli seluar dalam bagi memastikan kesihatan kemaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga aroma antara manfaat bulu kemaluan, jadi perlu ke dicukur sampai licin?

Ini kerana terdapat mereka yang memiliki kulit sensitif di bahagian alat sulit, jadi pemilihan seluar dalam adalah perkara yang patut diberi perhatian.

Kulit yang sensitif boleh menyebabkan jangkitan termasuk bakteria dah kulat pada bahagian kemaluan terutamanya bagi golongan wanita.

Ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian ketika membeli seluar dalam, termasuklah;

1. Bahan yang tepat

Tak semua pakaian dalam itu dibuat menggunakan bahan yang sama. Ada jenis bahan tertentu boleh menyebabkan kegatalan.

Kain kapas adalah salah satu jenis fabrik yang terbaik kerana ia lembut dan selesa pada kulit. Kain kapas juga boleh membuatkan kulit anda bernafas.

Bagi yang mengalami kulit sensitif, anda perlu berhati-hati memilih seluar dalam daripada fabrik nylon, spandeks dan polyster kerana ia lebih mudah memberi iritasi kepada kulit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

2. Ukuran yang tepat

Apa pun alasannya, ukuran seluar dalam yang tepat adalah perkara penting kerana selain membuatkan si pemakai berasa selesa ia juga mencegah berlakunya kegatalan dan jangkitan kuman.

Ini kerana mengenakan seluar dalam yang terlalu ketat dapat menyebabkan persegelan selain pertumbuhan bulu ke arah dalam, masalah pertumbuhan kutil dan sebagainya.

3. Seluar dalam bertali

Beberapa jenis seluar dalam seperti thong atau G-string yang menggunakan tali bukanlah dilarang namun perlu memastikan fabrik yang digunakan adalah sesuai.

Sekiranya ia tidak sesuai, pemakai masih boleh terdedah kepada kegatalan dan jangkitan kuman. Paling penting, jika memilih seluar dalam jenis ini, pastikan bahagian vagina tertutup dan menggunakan fabrik kapas.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain