suria

Minum jus saderi mampu pecahkan lemak degil, betul ke?

MEGAMALKAN minum jus saderi dikatakan dapat meningkatkan tahap kesihatan serta menurunkan berat badan seseorang terutamanya selepas mengambil pelbagai makanan berlemak.

Sayuran hijau ini menjadi pilihan kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti folat, kalium, mangan, vitamin A, C dan K. Malah ia juga sumber riboflavin, vitamin B6, asid pantotenat, kalsium, magnesium dan fosfor yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas makan lemang dan rendang? Jom turunkan berat badan... cuba 5 cara inI

Memecah lemak

Jus saderi dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan 475ml setiap pagi, dapat memecahkan lemak dan melarutkan sel-sel lemak yang disimpan dalam hati.

Meskipun dakwaan ini tidak dapat dibuktikan secara ilmiah, tetapi jus saderi terbukti mengandungi kalori yang rendah dan pilihan lebih baik berbanding kopi dan teh di waktu pagi.

Ia juga mampu meningkatkan rasa kenyang dan membantu seseorang makan dengan lebih sedikit. Bagaimanapun bergantung kepada saderi semata-mata tidak dapat menjamin penurunan berat badan sebaliknya ia perlu disertakan dengan senaman dan pemakanan seimbang.

Saderi terdapat pelbagai manfaat lain kepada kesihatan manusia termasuklah;

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

1. Sifat anti-inflamasi

Jus saderi tinggi fitonutrien, yang merupakan senyawa tanaman yang telah terbukti memiliki kesan anti-inflamasi. Flavonoid adalah golongan fitonutrien utama dalam saderi.

Peningkatan pengambilan flavonoid dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung, diabetes, dan kanser.

2. Mengawal tekanan darah

Jus saderi juga dapat membantu mengawal tekanan darah seseorang, Kesan ini berkemungkinan disebabkan oleh nitrat dalam saderi yang meningkatkan kesihatan jantung dan membantu menurunkan tekanan darah.

3. Menurunkan kolestrol tinggi

Saderi juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol sekali gus memberi kesan kepada kesihatan tubuh dan organ lain dalam badan manusia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain