suria

Dah puas makan lemang dan rendang? Jom turunkan berat badan... cuba 5 cara ini

JANGAN biarkan hari raya sebagai punca berat badan semakin meningkat selepas sebulan berpuasa sebaliknya imbangkan dengan aktiviti fizikal untuk membakar semua kalori yang menjadi penyebab penumpukan lemak.

Oleh kerana itu, segera kembalikan berat badan anda ke saiz ideal dan berikut adalah cara menurunkan berat badan yang mudah selepas Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang seronok ‘layan makan’ di Aidilfitri, tapi pastikan anda ambil kira beberapa perkara penting ini!

1. Tetapkan sasaran

Timbangkan berat badan anda dan tetapkan sasaran anda agar dapat mencapainya dalam tempoh tertentu. Sasaran itu juga akan membuatkan anda lebih bermotivasi untuk menjalani diet.

2. Pengambilan makanan seimbang

Pilih makanan bernutrisi seimbang iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Makanan ini penting untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh.

Meninggalkan salah satu komponen itu boleh menyebabkan proses berkenaan menjadi perlahan atau tidak memberi kesan kepada sasaran anda.

3. Senaman

Imbangkan diet anda dengan senaman secara teratur. Ia dapat membantu membakar kalori dengan lebih cepat. Setiap orang dewasa disarankan untuk bersenam 150 minit setiap minggu atau 30 minit, lima kali seminggu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

4. Minum air

Cecair dalam badan sangat penting untuk metabolisme tubuh. Pastikan anda minum air putih yang cukup setiap hari.

5. Rehat yang mencukupi

Rehat cukup membantu seseorang menurunkan berat badan. Ketika anda tidur, tubuh akan memperbaiki sel-sel yang rosak.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain