suria

Unik! Nama 7 wanita Melayu klasik pilihan Nori Elyna, apa kisah di sebaliknya? Ketahui 6 fakta menarik kasut buatan tangan ini untuk tampil bergaya di Aidilfitri

Koleksi NE Raya ’21 tampil dengan tujuh rekaan klasik dan unik serta ciri-ciri istimewa untuk mengekalkan keselesaan si pemakai.

SELAIN pakaian dan tas tangan, kasut adalah salah satu 'aksesori' wajib yang melengkapkan serta menyerlahkan penampilan seseorang wanita.

Memilih kasut bukan sekadar melihat kepada rekaan semata-mata.

Sebaliknya apa yang perlu dititikberatkan adalah material kasut yang membuatkan si pemakai selesa, yakin dan bergaya sepanjang masa, lebih-lebih lagi ketika lebaran yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bagi wanita yang masih tercari-cari kasut untuk digayakan ketika Aidilfitri nanti, semestinya jenama Nori Elyna (NE) adalah pilihan paling tepat.

Koleksi NE Raya '21 tampil dengan tujuh rekaan klasik dan unik untuk disuai padan dengan busana Aidilfitri yang pastinya menyerlahkan lagi sisi ayu dan sopan si pemakai.



Pengasas Nori Elyna, Raz Najiha Rozabil (kiri) dan pengasas bersama, Raz Nabila Rozabil (kanan).

Sesuai dengan ciri-ciri klasik, unik dan penuh nostalgia, rekaannya mengangkat nama wanita Melayu iaitu Aziah, Fateema, Rindu, Roziah, Zaleeha, Zarina dan Zuraida.

Menurut salah seorang pengasasnya Raz Najiha Rozabil, NE Raya '21 adalah koleksi kedua yang dilancarkan Nori Elyna pada tahun ini selepas koleksi Bloom yang lebih kasual dan formal.

"Koleksi NE Raya '21 dinamakan sempena nama wanita di dalam keluarga kami sebagai penghargaan di atas sokongan yang dicurahkan selama ini. Kami ingin tonjolkan ciri-ciri klasik dan kemelayuan dalam koleksi ini.

"Sebagaimana koleksi Bloom sebelum ini, kasut Nori Elyna sememangnya menekankan keselesaan, berkualiti tinggi dan unik.



NE Raya ’21 menyerlahkan sisi sopan dan ayu si pemakai ketika meraikan lebaran.

"Keselesaan diterjemahkan dengan penggunaan 'span memory foam' yang terletak di hadapan dan belakang lapisan atas tapak kasut bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada kaki dan memberi keselesaan semasa berjalan.

"Ia berkualiti tinggi kerana diperbuat daripada 'microfiber leather' iaitu bahan sintetik yang mempunyai ciri-ciri sama seperti kulit.

"Juga unik kerana kami memastikan rekaannya segar dan tidak sama seperti kasut jenama lain di pasaran," ujar Raz Najiha yang mengasaskan Nori Elyna bersama adiknya, Raz Nabila Rozabil.

Tambah Raz Najiha, rekaan Nori Elyna juga bersifat 'bunion friendly' untuk mengekalkan keselesaan si pemakai.

"Bunion adalah benjolan di sisi kaki yang boleh menyebabkan kesakitan, kemerahan dan rasa kebas terutamanya setelah berjalan seharian.



Kasut Nori Elyna adalah buatan tangan, menggunakan 'microfiber leather' dan 'span memory foam' untuk memberikan keselesaan sepanjang masa.

"Oleh itu, pemilihan kasut yang sesuai untuk wanita yang mempunyai tulang bunion ini amatlah penting bagi pemakaian untuk tempoh yang lama.

"Sungguhpun tak boleh merentas negeri dan bebas berkunjung semasa raya, tapi Aidilfitri adalah 'event' penting yang ditunggu-tunggu dan sememangnya kita mahukan sesuatu yang 'compliment dan confident' serta bergaya dalam masa yang sama," ujar graduan bidang perakaunan profesional ini.

Lebih menarik, Nori Elyna adalah kasut buatan tangan (hand made) yang dihasilkan di Malaysia.

Jangan terkejut kerana kasut berkualiti tinggi dan direka dengan ciri-ciri yang mengutamakan keselesaan ini hanya berharga RM200 ke bawah, jadi semestinya ia begitu berbaloi.

"Sebelum ini sasaran kami adalah wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an namun tak sangka, wanita berusia 50-an juga adalah antara peminat kasut Nori Elyna.

"Pembeli bukan sahaja dalam kalangan wanita Melayu, malah terdiri daripada wanita berbilang bangsa.

"Hasil tinjauan ini diperoleh menerusi maklum balas selepas kami membuka booth di beberapa lokasi. Dari situ kami dapat melihat golongan peminat Nori Elyna yang segmennya lebih besar.

"Berkunjunglah ke booth Nori Elyna di Publika dan SACC Mall Shah Alam untuk merasai sendiri keselesaan kasut kami. Kami berada di Publika sehingga 9 Mei dan di SACC Mall sehingga malam raya," katanya lagi.



Nori Elyna tampil dengan rekaan yang segar dan sesuai untuk aktiviti kasual mahupun formal.

Bagi yang masih tercari-cari kasut untuk digayakan di pagi Syawal, apa kata ketahui 6 fakta kenapa anda perlu miliki Nori Elyna:

- Diperbuat daripada 'microfiber leather' iaitu bahan sintetik yang mempunyai ciri-ciri sama seperti kulit, tidak menggunakan haiwan, tahan lama, akan mengembang mengikut bentuk kaki dan tidak mudah merekah.

- Menggunakan 'span memory foam' yang terletak di hadapan dan belakang lapisan atas tapak kasut bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada kaki dan memberi keselesaan semasa berjalan.

- Tapak kasut diperbuat daripada campuran getah dan bahan-bahan lain yang memberi kesan anti-licin untuk memberi cengkaman.

- Rekaan bersifat 'bunion friendly'.

- Bahagian tengah tapak kasut diukir dengan teliti agar permukaan kasut kelihatan rata dan mengelakkan daripada berasa beralun ketika berjalan.

- Juga harganya yang mampu milik untuk semua, kurang RM200!

Bagi yang ingin memiliki kasut Nori Elyna, kunjungi laman sesawang https://www.norielyna.com/ atau Instagram @norielyna.my

Apa tunggu lagi, serlahkan gaya Aidilfitri anda dengan kasut Nori Elyna.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain