suria

Raikan semangat Syawal... Lockdown 2.0 Kurung antara tarikan terkini koleksi raya Larney

Larney menampilkan 20 rekaan terbaharu Aidilfitri kali ini.

SELEPAS kejayaan koleksi tahun lalu, Larney mempersembahkan koleksi baharu bagi santapan fesyen Aidilfitri tahun ini bertemakan Into The Light by Larney.

Dengan kempen penuh glamour yang dibintangi oleh dua jelitawan Malaysia terkenal, Deborah Henry dan Fyza Kadir, koleksi ini bagaikan sambungan kepada mesej yang disampaikan pada tahun 2020 tetapi lebih sarat dengan tema optimis dan harapan untuk masa hadapan yang lebih bersinar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sopan... Itulah kata kunci koleksi Farahalya, jom check-out tawaran menarik jenama ini!

Masih mengekalkan estetika Larney yang terkenal dengan gaya feminin dan sofistikated, jenama ini juga telah menamakan setiap rekaannya dengan nama-nama penuh berinspirasi seperti Recover Lace Kurung, Rebirth Caftan, Relive Lace Kebaya, Recreate Kurung Kedah, Rebalance Pareo Kurung dan Revamp Puffed Kurung.

Menurut Zura Zabidi, pengasas jenama Larney, sebanyak 20 rekaan baharu diperkenalkan untuk tahun ini dan pelanggan boleh memilih daripada rekaan santai serta mudah seperti kaftan dan kurung Kedah, sehinggalah ke rekaan yang lebih dramatik dan moden seperti tulle mini kurung yang sememangnya bagaikan sudah sinonim dengan jenama ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jelasnya, Into The Light by Larney terbahagi kepada dua segmen iaitu rekaan-rekaan baru dengan siluet yang segar, manakala segmen kedua pula adalah terdiri daripada rekaan-rekaan popular yang dibawakan semula dengan warna-warna yang baru.

"Sebagai contoh, rekaan Lockdown Kurung yang kini diberi nafas baru dan dinamakan Lockdown 2.0 Kurung.



Antara koleksi menarik Larney.

“Pemilihan Deborah Henry dan Fyza Kadir untuk membintangi kempen ini menggambarkan semangat keseluruhan koleksi tersebut. Bukan sahaja dikenali sebagai jelitawan yang versatil, mereka berdua adalah wanita berkeyakinan tinggi, dan berjaya mengimbangkan perihal kerjaya serta peribadi dengan begitu baik.

"Saya sendiri amat mengagumi kekuatan, kesabaran dan ketabahan mereka dalam menempuhi cabaran hidup; justeru saya menganggap pemilihan mereka amat bertepatan sekali untuk mewakili jiwa koleksi ini," katanya.

Menggunakan pelbagai fabrik daripada sutera satin, kain kapas sehinggalah kain lace serta sulaman yang dipilih sendiri oleh Zura, dia percaya bahawa Into The Light by Larney akan diterima baik oleh wanita dan menarik peminat-peminat baru jenama ini kerana mesej positif yang disampaikan.

“Ianya bagaikan satu pesanan penuh harapan daripada Larney kepada semua pelanggan kami, samada yang lama mahupun yang baru, bahawa kita semua bersama-sama di dalam situasi ini.

"Kita telah berjaya menyokong sama sendiri dalam menempuhi kegelapan dan dikala kita mula melalui sinar harapan, adalah amat penting untuk kita terus mengekalkan sifat positif yang membawa kita semua ke sini.

"Ini adalah amat bertepatan dengan semangat Ramadan dan Syawal yang bakal kita lalui. Tiada salahnya untuk kita kelihatan hebat dengan persalinan Larney dalam kita sibuk menempuh pelbagai dugaan dan hari-hari cerah yang mendatang”, ujarnya.

Dengan harga bermula dari RM379 sehingga RM689, rekaan-rekaan ini bolehlah didapati daripada laman web Larney di www.larney.com.my.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih intim, bolehlah mengunjungi showroom Larney di Ampang, Isetan KLCC dan outlet Larney di Setia City Mall yang baharu sahaja dilancarkan pada 28 April 2021.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain