suria

Sopan... Itulah kata kunci koleksi Farahalya, jom check-out tawaran menarik jenama ini!

Koleksi Zyzah daripada Farahalya yang cukup menawan tetapi masih patuh syariah.

MENUTUP aurat, sopan tapi elegen merupakan antara perkara yang amat dititik beratkan oleh jenama Farahalya bagi memenuhi citarasa kebanyakan wanita Muslim hari ini.

Sebagai sebuah jenama baharu, Farahalya tidak menoleh kebelakang lagi untuk terus memberikan keselesaan kepada kaum wanita yang mementingkan gaya dan rekaan menarik dalam kehidupan penuh kemodenan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak timbul soal riyak jika beli kelengkapan solat cantik dan mahal” - Gemar hadiahkan telekung inspirasi Prof Dr Muhaya hasilkan jenama sendiri

Pengasasnya, Datin Hamizan Puteh berkata, rekaan itu dihasilkan berdasarkan pengalamannya sendiri yang sukar mendapatkan pakaian menepati ciri Muslimah tetapi masih mempunyai elemen fesyen dan moden.

“Saya amat minat berfesyen tapi apa yang saya dapati dipasaran agak payah untuk mendapatkan pakaian yang menepati citarasa saya iaitu sopan.

“Jadi saya fikir kenapa tidak saya sendiri yang mengeluarkan jenama pakaian sendiri. Setidaknya saya tahu apa yang dimahukan oleh golongan wanita, ” katanya.



Pengasas Farahalya, Datin Hamizan Puteh.

Menariknya, beliau tidak tergopoh-gapah dalam mengeluarkan rekaan sendiri sebaliknya melakukan kajian selama setahun untuk ‘menyelami’ apa yang sebenarnya dimahukan oleh kebanyakan wanita.

“Alhamdulillah, saya beruntung mendapat pasukan yang banyak membantu sejak awal lagi sehingga terbinanya jenama Farahalya ini dipasaran, ” tambahnya.

Menceritakan sejarah disebalik pemilihan nama Farahalya, Hamizan memberitahu ia diambil daripada nama anak sulungnya yang kini sedang menuntut di Australia.

Malah anak sulungnya itu banyak memberi idea dan inspirasi menghasilkan koleksi itu kerana dia lebih mengetahui apa yang disukai oleh golongan muda ketika ini.

Bagi menjaga kualiti dan nilai eksklusif, setiap keluaran pakaian Farahalya adalah terhad selain dunia fesyen cepat berubah.

Untuk rekaan pertama, Hamizan memberi nama Zyzah bersempena nama ibunya dan menghasilkan lima warna dan empat saiz itu S, X, M dan XL.



Koleksi ini datang dalam pelbagai warna dan saiz.

Jelasnya, mereka hanya mengeluarkan 1,000 helai sahaja bagi setiap rekaan dan merancang untuk mengeluarkan rekaan yang baharu setiap dua atau tiga bulan sekali bergantung kepada permintaan.

“Untuk design Zyzah ini pihak kami menggunakan tukang jahit tempatan dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk menjana ekonomi dalam keadaan pendemik ini, ” katanya.

“Buat masa ini pihak kami hanya menjalankan perniagaan dalam talian sahaja menggunakan website www.farahalya.com dan juga Instagram @farahalya_hq memandangkan medium ini adalah kaedah yang terbaik pada ketika ini," ujarnya.

Sebenarnya Hamizan bukanlah orang baharu dalam dunia pernigaan sebaliknya sudah berpengalaman luas dalam bidang fesyen dan mendapat sokongan daripada suami, ahli keluarga dan juga kakitangan yang setia selama ini bersama beliau.

“Tanpa mereka saya tidak mampu untuk melaksanakan semua ini. Terima kasih kepada suami dan anak-anak kerana memahami kesibukan saya sejak dari hujung tahun lepas lagi untuk jenama ini. Semoga Farahalya mampu bersaing dengan jenama besar yang lain, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain