suria

Sedap, kos pun murah! 5 buah ini mampu buat wajah anda cantik bercahaya

KULIT bersinar dan lembut adalah impian setiap orang dan tahukah anda terdapat beberapa buah tertentu yang dapat mencapai impian itu tanpa menggunakan produk yang mahal?

Buah-buahan adalah makanan yang mengandungi vitamin yang dapat membantu memberi nutrisi kepada kulit. Tidak hanya itu, kandungan antioksidan di dalamnya juga dapat mencegah keradangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sopan... Itulah kata kunci koleksi Farahalya, jom check-out tawaran menarik jenama ini!

Berikut adalah lima jenis buah-buahan yang mampu mencantikkan kulit anda secara semula jadi.

1. Epal

Kandungan vitamin A dan C pada epal boleh membantu kulit anda bercahaya. Antioksidan, kalium dan magnesium yang terkandung di dalamnya juga dapat melindungi kulit dan merawat kerosakan akibat paparan radikal bebas.

2. Tembikai

Tembikai kaya dengan vitamin C, A dan B1 yang mampu membuatkan kulit seseorang sihat dan bercahaya. Ini kerana nutrisi di dalamnya mampu memperbaiki tekstur kulit tidak sekata, mencegah kerosakan kulit dan mengurangkan keradangan.

3. Lemon

Tidak hanya mencerahkan kulit, kandungan vitamin C pada lemon juga mampu melindungi kulit daripada paparan radikal bebas.

Selain itu, lemon juga bekerja untuk mengurangkan bintik hitam, hiperpigmentasi, jerawat dan menutup parut kecil pada wajah.

4. Mangga

Tidak hanya mempunyai rasa yang enak, mangga juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit memandangkan ia kaya dengan vitamin A, E, C dan K serta serta flavonoid, polifenol, betakaroten, dan xantofil yang semuanya menjaga kulit tetap sihat dan bercahaya.

Mangga juga dapat membantu mengurangkan jerawat dan memperbaiki tekstur kulit.

5. Nanas

Selain vitamin C, nanas juga mengandungi vitamin A dan K yang mampu membantu mengatasi jerawat dan mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.

Tidak cukup dengan itu, ia mampu melambatkan proses penuaan wajah dan membuatkan kulit nampak lebih cerah dan bercahaya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain