suria

Tak salah bersenam ketika puasa, tapi tersalah pilih senaman matlamat nak sihat, kurus jadi sia-sia

Boleh bersenam pada bulan Ramadan, tetapi pilihlah senaman yang betul.

KEDATANGAN bulan Ramadan adalah kesempatan yang cukup dinanti-nantikan oleh umat Islam bagi memperbaiki diri serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Bukan sahaja dari segi kerohanian, ramai mengambil peluang ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan tetap melakukan senaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai separuh hari dah lapar? Ketahui 7 makanan sahur buat anda kenyang lebih lama

Bagaimanapun, ramai yang berat badannya tidak turun di penghujung Ramadan. Apa punca keadaan itu berlaku?

1. Waktu

Pemilihan waktu sama penting dengan jenis sukan yang dilakukan. Sukan berat biasanya dilakukan selepas waktu berbuka manakala senaman biasa boleh dilakukan menjelang waktu berbuka.

Amalkan senaman 3-5 kali seminggu dengan jumlah masa 150 minit.

2. Jenis sukan

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah jenis dan ketahanan sesuatu sukan. Jika anda memilih untuk bersenam pada waktu petang, adalah lebih baik menghindari sukan jenis berat.

Salah satu ciri sukan berat adalah ia membuatkan denyutan nadi meningkat kepada 150 setiap minit.

Perlu diketahui, apabila melakukan senaman berat, seseorang akan lebih cepat berpeluh dan semua cecair yang berada di dalam badan akan hilang.

Ia bukan sahaja membuatkan degupan nadi meningkat, tetapi rasa dahaga dan keletihan melampau sehingga membuatkan usaha menurunkan berat badan ketika Ramadan menjadi sia-sia.

3. Ketahanan otot

Sukan yang disarankan untuk dilakukan ketika berpuasa adalah latihan ketahanan otot. Anda boleh melakukan squat, push up, lunge untuk membantu menjaga otot.

Hindari sukan kardio dengan intensiti tinggi kerana ia akan memaksa tubuh menggunakan protein untuk menjadi tenaga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain