suria

Inspirasi butik terkenal Paris, O.C.M. tampil jenama pereka tempatan dengan harga mampu milik

Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Diana Boo dan Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Andrew Tan ketika majlis pelancaran O.M.C.

JIKA anda pernah ke Paris, pasti pernah berkunjung ke Colette iaitu sebuah butik bersejarah yang terkenal menjual pelbagai busana, pakaian jalanan dan aksesori.

Meskipun ia sudah tidak lagi beroperasi, namun ia bukan sekadar butik sebaliknya cukup sarat dengan pertembungan budaya menerusi fesyen dan dianggap sebagai tempat tercetusnya inovasi fesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak timbul soal riyak jika beli kelengkapan solat cantik dan mahal” - Gemar hadiahkan telekung inspirasi Prof Dr Muhaya hasilkan jenama sendiri

Berpegang kepada konsep itu, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dan Lazada Malaysia tampil dengan e-Kedai Fesyen Pelbagai Label iaitu LazMall eksklusif di platform e-dagang itu.

Konsain jenama dalam talian yang diberi nama One Common Mission (O.C.M.) itu menampilkan jenama pereka tempatan terkenal dan sedang meningkat naik seperti Jane, Rizman Ruzaini, Syomirizwa Gupta, Behati, Againts Lab, Kit Woo dan banyak lagi.

Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Andrew Tan, berkata, ia dilancarkan dengan tujuan untuk membantu industri fesyen tempatan dengan mempromosikan rekaan Malaysia kepada satu pertiga rakyat negara ini yang membeli-belah di Lazada setiap bulan.



Pelbagai jenama daripada pereka fesyen tempatan di O.M.C.

Menjelaskan mengenai O.C.M, Andrew memberitahu ia melambangkan trend dan cita rasa fesyen golongan milenial dan Gen-Y yang amat menitikberatkan tentang fesyen selain peka terhadap perkembangan media sosial.

"Media sosial sering menjadi medan untuk mereka mencari fesyen terbaharu tetapi pada masa sama memilih alternatif mampu milik yang memberikan mereka produk dan gaya hidup sesuai dengan gaya hidup mereka.

"e-Kedai ini juga menampilkan koleksi raya terkini untuk tempoh terhad dan eksklusif di Lazada daripada pereka dan jenama tempatan termasuk aksesori, beg tangan, barang kemas dan sebagainya," katanya.

Apa yang pelanggan boleh harapkan apabila berkunjung ke O.C.M.?

Terdapat 6 kategori utama O.C.M. yang menjadikan pengalaman beli-belah yang lebih mudah dengan pelbagai produk menarik dan berpatutan.



Andrew yakin O.M.C. akan menjadi perhatian penggemar fesyen.

1. Barang keperluan O.C.M

Barang keperluan asas yang perlu dimiliki oleh semua orang dengan harga terendah serta koleksi yang sesuai dipakai sepanjang tahun.

2. Paparan dalam DSCVR

Para pereka yang terlibat dalam projek ini akan menawarkan produk terbaik dan bagi membolehkan pelanggan merasai pengalaman sebenar, konsep DSCVR digunakan bagi membolehkan merasai seperti pengalaman sebenar.

3. Aksesori

Tiada pakaian lengkap tanpa aksesori seperti beg tangan, dompet, barang kemas yang memberikan tambahan personaliti kepada si pemakai.

4. Hiasan dalaman rumah pun ada!

Hiasan rumah dapat mengubah persekitaran anda dalam sekelip mata. Di sinilah tempatnya untuk anda mencari idea serta barangan dan aksesori moden serta praktikal bagi menambah baik ruang kediaman anda.

5. Kecantikan dan penjagaan diri

Hari ini kita lebih banyak menggunakan produk kecantikan dan penjagaan diri yang bukan sahaja mencantikkan luaran tetapi memberi keyakinan dan menjadikan penampilan lebih hebat.

6. Siri O.C.M.

Ia adalah satu ruang unik O.C.M. dan pereka fesyen terlibat untuk melakukan eksperimen dengan menghasilkan semula produk yang unik menggunakan barangan vintaj, barangan terpakai dalam menghasilkan produk yang unik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain