suria

Bawang merah dan 4 jenis minyak ini mampu lebatkan bulu kening anda!

Terdapat pelbagai cara secara semula jadi untuk melebatkan bulu kening anda.

MEMILIKI bulu kening yang cantik dan tebal adalah impian setiap wanita dalam meningkatkan penampilan dan keyakinan diri ketika berdepan dengan orang ramai.

Bagi mendapatkan bulu kening yang tebal, kebiasaannya wanita akan menggunakan pensil, pomade atau sulam bedak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Minum air sejuk segelas ketika bersenam boleh bantu bakar lemak

Bagaimanapun terdapat cara semula jadi yang boleh membuatkan bulu kening anda lebat dan tebal.

1. Minyak kelapa

Minyak kelapa semakin popular digunakan bagi kecantikan terutamanya melebatkan rambut dan bulu kening.

Ia juga kaya dengan protein serta nutrisi seperti vitamin E dan zat besi yang dapat melebatkan bulu kening selain menjadikan ia sihat.

2. Tea Tree Oil

Seperti minyak kelapa, tea tree oil dipercayai dapat merangsang pertumbuhan dan ketebalan bulu kening dengan meningkatkan kesihatan sel dan folikel.

Untuk mendapatkan hasil yang ketara, sapukan tea tree oil pada bulu kening sebelum tidur dan biarkan semalam.

3. Minyak lavender

Minyak lavender yang disapu pada bulu kening dapat menguatkan akar bulu daripda gugur.

4. Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi vitamin A dan vitamin E yang dapat membantu pertumbuhan rambut. Vitamin E menutrisi setiap helai rambut, sementara vitamin A dapat merangsang penghasilan sebum, minyak semula jadi tubuh yang membantu pertumbuhan rambut.

Menyapu minyak zaitun sebagai cara menebalkan alis secara semula jadi boleh dilakukan setidaknya sekali sehari untuk melihat hasil yang maksimum dalam tempoh hanya seminggu.

5. Bawang merah

Bawang merah banyak mengandungi sulfur, selenium, mineral, vitamin B dan vitamin C yang sangat baik untuk pertumbuhan rambut. Kandungan nutrisi ini dapat membantu pertumbuhan rambut alis yang lebih cepat dan lebih padat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain