suria

Bergemerlapan 100,000 kristal Swarovski cecah RM2.5juta, butik ini memang rare... Ketahui 10 fakta menarik mengenainya!

Butik Crystal World Bawal Exclusive yang cukup mewah dan eksklusif.

SEBELUM ini jenama Bawal Exclusive mempersembahkan sehelai tudung yang diiktiraf termahal di dunia bernilai RM100,000 yang cukup mewah dengan hamparan dan taburan kristal Swarovski.

Terbaharu pengasasnya, Haliza Masyuri sekali lagi menjadi perhatian apabila melancarkan butik tudung paling mewah yang dihasilkan dengan bertahtakan kristal Swarovski di Puchong, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau pakai, kalis api neraka ke? Ini kisah sebenar di sebalik tudung RM100,000

Butik yang diberi nama Crystal World Bawal Exclusive ini menggunakan 100,000 butir batu kristal Swarovski di dalam hiasan dalaman butiknya yang bukan sahaja bersinar tetapi memberikan pengalaman baharu buat sesiapa sahaja melangkah masuk ke dalamnya.

Haliza ketika ditemui berkata, telah menjadi impiannya untuk memiliki butik tudung mewah ini selepas 23 tahun berkecimpung dalam perniagaan menjual tudung.

Lounge turut disediakan untuk pengunjung.

Kongsinya, idea membuka butik itu ketika beliau menghadiri ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun di Wattens, Austria pada 2017.

"Pancaran kristal Swarovski yang bermula dengan sebutir telah menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan lagi setiap butiran kristal yang berada di dalam dewan tersebut.

"Sejak itu saya menanam impian dan berjanji akan membawa kenangan itu ke Malaysia dan pembinaan Crystal World Bawal Exclusive ini juga untuk membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa sebagai seorang wanita Muslim yang bermula dari bawah juga mampu berjaya," katanya.

Tambahnya, ini juga membuktikan rakyat Malaysia juga sebenarnya mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa.

Apa menariknya mengenai butik Crystal World Bawal Exclusive? Ini adalah fakta menarik mengenainya.

1. Butik berkenaan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan yang menelan belanja RM2.5 juta.

2. Sebanyak 100,000 kristal Swarovski menghiasi butik itu yang ditempah khas dari Austria.

3. Haliza sendiri yang mereka hiasan dalaman termasuk susunan batu kristal Swarovski butik berkenaan.



Batu kristal Swarovski yang dijadikan bentuk Bawal.

4. Crystal World Bawal Exclusive hanya menjual dan mempamerkan tudung bernilai RM10,000 hingga RM113,000 sesuai dengan aspirasinya untuk mewujudkan butik tudung paling mewah di dunia.

5. Tudung bernilai RM100,000 yang pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebelum ini turut dipamerkan di dalam butik namun bukan untuk dijual.

6. Beberapa pengawal peribadi ditugaskan mengawal pintu masuk butik itu selama 24 jam.

7. Setiap tudung eksklusif yang dipamerkan di dalam butik ditempatkan dalam kotak berkaca dengan ciri keselamatan.



Haliza bersama anak lelakinya yang juga pewaris Bawal Exclusive.

8. Butik itu tidak dibuka kepada umum, sebaliknya pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dahulu selain perlu

9. Setiap tempahan tudung secara eksklusif di Crystal World Exclusive turut mendapat sesi rundingan dan nasihat daripada pereka Swarovski.

10. Pada majlis pelancaran butik itu, Haliza turut memperkenalkan anak sulungnya, Muhammad Zuhairi Syazwan, 22, sebagai pewaris Bawal Exclusive untuk menyambung legasi 23 tahun perniagaan yang dijalankan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Artikel Berkaitan

Artikel Lain