suria

Jangan asal boleh... ini 5 cara gosok gigi yang betul!

Gosok gigi juga mempunyai kaedah tertentu.

RUTIN membersihkan mulut dengan menggosok gigi merupakan amalan penting bukan sahaja memastikan nafas berbau segar tetapi menghindari pelbagai penyakit lain tanpa disedari.

Sikap malas menggosok gigi atau melakukan dengan cara yang salah sebenarnya dapat meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Minum air sejuk segelas ketika bersenam boleh bantu bakar lemak

Bagi memastikan kesihatan mulut berada dalam keadaan baik, adalah penting untuk menggosok gigi dengan betul dan bukan sekadar buat.

Berikut adalah cara menggosok gigi yang betul seperti disarankan oleh American Dental Association (ADA);

1. Cendongkan berus gigi pada sudut 45 darjah ke arah gusi.

2. Gerakkan berus gigi ke bahagian depan dan belakang dalam gerakan perlahan.

3. Berus gigi bahagian luar dan dalam serta memberi perhatian lebih kepada gigi geraham yang digunakan untuk mengunyah. Ia amat penting bagi membersihkan permukaan bahagian dalam gigi agar tiada sisa makanan tertinggal.

4. Cendongkan berus gigi secara vertikal dan gerakannya ke atas dan ke bawah ketika memberus bahagian depan gigi.

5. Pastikan ketika memberus ia turut membersihkan garisan gusi selain memberus lidah.



Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Selain mempraktikkan cara menggunakan berus gigi yang betul, peraturan membersihkan gigi juga perlu diberi perhatian.

Ada beberapa tip membersihkan mulut dengan berus gigi, termasuk;

1. Gosok gigi dua kali sehari dengan berus gigi berbulu lembut. Pilih berus gigi dengan ukuran dan bentuk bulu yang sesuai agar mudah menjangkau setiap kawasan dalam mulut.

2. Selepas selesai, pastikan untuk mencuci berus gigi sehingga bersih dengan air. Sekiranya anda sensitif dan mempunyai daya ketahanan tubuh yang rendah, sebaik-baiknya rendam berus gigi dalam ubat kumur antibakteria.

3. Simpan berus gigi dengan betul dan hindari menyimpan berus gigi dalam almari, laci yang mempunyai kelembapan tinggi. Letak berus gigi dalam posisi menegak di atas rak atau cawan yang kering.

4. Ganti berus gigi setiap tiga bulan terutamanya jika bulunya sudah menipis.

5. Elak berkongsi berus gigi dengan orang lain kerana air liur boleh memindahkan bakteria atau virus kepada orang lain.

6. Bagi memastikan kesihatan mulut sentiasa terjaga, jangan lupa berkunjung ke klinik gigi setiap enam bulan bagi memastikan tiada masalah lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain