suria

Jaga aroma antara manfaat bulu kemaluan, jadi perlu ke dicukur sampai licin?

ADA di antara kita sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk melakukan pelbagai rawatan termasuk laser bagi membuang bulu di bahagian kemaluan.

Malah ada juga yang menjadikan aktiviti mencukur bulu di bahagian itu sebagai satu rutin kerana merasakan kehadirannya dapat mengurangkan keyakinan diri terutamanya kepada pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bibir kering kerana berpuasa... ini 4 tip menghindarinya

Sebenarnya, ramai tidak mengetahui bahawa kewujudan bulu di bahagian kemaluan sebenarnya mempunyai fungsi tertentu termasuk dalam memberi perlindungan kepada alat kelamin.

Sebaik-baiknya, jangan cukur bulu kemaluan sehingga licin sebaliknya hanya trim agak kemas selain memberi fokus kepada penjagaan dan kebersihan kawasan alat kelamin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Apa manfaat bulu ini dalam menjaga kemaluan manusia?

1. Feromon

Tubuh manusia mempunyai kelenjar aroma di bahagian kelangkang yang menghasilkan feromon. Bulu yang tumbuh di kawasan itu berfungsi melindungi kelenjar tersebut dan menjaga aromanya.

2. Lindungi alat sulit

Fungsi lain bulu kemaluan adalah bagi melindungi alat kelamin ketika melakukan hubungan seks. Tanpanya, sentuhan yang berlaku dapat menyebabkan kegatalan serta menimbulkan rasa tidak selesa.

3. Perlindungan

Kehadiran bulu kemaluan juga sebenarnya dapat menjadi perlindungan semula jadi terutamanya ketika kita memakai seluar dalam yang ketat.

Fabrik yang mungkin tidak sesuai mungkin akan menyebabkan kegatalan dan bulu kemaluan menjadi pelindung terbaik.

4. Kebersihan

Ramai menyangka bulu kemaluan yang tidak dicukur adalah tanda seseorang itu pengotor tetapi sebaliknya ia mempunyai fungsi sebagai kebersihan diri.

Kehadirannya dapat menjadi penghalang dan pelindung daripada serangan bakteria atau kuman di bahagian sensitif itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain