suria

Tampil berseri di pagi raya... ini 5 produk kosmetik bawah RM100 pilihan jurusolek selebriti Nuex Rosli

Jurusolek selebriti Nuex Rosli memilih lima produk kosmetik di bawah RM100.

AIDILFITRI bakal menjelma tidak lama lagi, pasti ramai di antara kaum wanita yang masih tercari-cari produk kosmetik yang sesuai dengan wajah dan paling penting harganya berpatutan.

Jangan bimbang, jurusolek selebriti terkenal, Nuex Rosli berkongsi lima produk kosmetik yang wajib dimiliki untuk Aidilfitri ini daripada pelbagai jenama.

ARTIKEL BERKAITAN: Raikan semangat Syawal... Lockdown 2.0 Kurung antara tarikan terkini koleksi raya Larney

Paling penting semua produk yang disarankan oleh Nuex menerusi sesi Instagram Live baru-baru ini adalah berpatutan dan di bawah RM100 yang akan membantu membuatkan anda kelihatan berseri di pagi raya.

1. NRC Treatment Foundation (NRC Cosmetics)

NRC Treatment Foundation adalah bedak asas ringan dengan kemasan satin. Diperkaya dengan Vitamin C dan “honey bee venom” untuk penambahbaikan kulit disertakan faedah dan pemulihan rawatan dari Vitamin C sedia ada.

Selain itu, NRC Treatment Foundation Cosmetics juga sesuai untuk setiap jenis kulit dengan penggalak penghidratan minyak pati argan dan Vitamin E.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bukan itu sahaja, foundation dari NR Cosmetics mempunyai pelbagai variasi warna, menyenangkan pencarian tona kulit yang lebih tepat. Kini dengan anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM89.

2. Argania Eyeshadow

Koleksi Argania Eyeshadow, Just Dessert bertemakan pop merah jambu yang menyeronokkan dengan sedikit warna berkilau dan matte yang sempurna untuk penampilan seharian atau bahkan penampilan yang lebih “glam”.

Tekstur yang lembut dan super pigmen ini dicampur dengan baldu akan membuat anda ingin mendapatkannya dengan segera.

Warna yang pelbagai dari Macaroon; merah jambu dan sedikit kilauan ungu, Pavlova; warna coklat manis, Brownies; merah dengan warna oren, Kreme Brule; warna emas bersalut gula, Pretzel; campuran antara warna coklat dan oren, dan Cupcake; warna merah jambu manis.

Beli satu dengan harga RM19 atau anda boleh membeli kombo 2 dengan harga RM35 sahaja.

3. Carissa Skinny Eyebrow Pencil

Carissa Skinny Eyebrow Pencil adalah perkakas yang sempurna untuk seseorang yang baru mula belajar memakai alat solek.

Ia mudah digunakan, dan sesuai untuk “first-timer”. Pensil alis ini sangat berpigmen, mudah digunakan, tahan lama dan senang ditanggalkan.

4. Argania Waterproof Eyeliner

Raya Aidilfitri dipenuhi dengan kasih dan pengampunan. Sekali-sekala, satu atau dua air mata mungkin meneteskan tetapi dengan eyeliner Argania Waterproof anda dapat mencapai eyeliner yang licin, tajam dan tahan noda dengan kemasan hitam gelap.

Dengan harga RM19 sahaja, dapatkan hari ini di Bazaarlokal.

5. NRC Velvet Matte Marble Series

Gincu Velvet Matte Marble Series dari NRC Cosmetics ini memberikan kemasan matte sejati yang tahan lama dan tidak membuat bibir anda pecah.

Teksturnya yang lembut meluncur dengan mudah dan ia meninggalkan warna cerah yang kaya dengan pigmen. Dengan harga RM59 sahaja, dapatkan sekarang di Bazaarlokal.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain