suria

Bunga ros segar Eropah bahan utama produk Wardah, kini kulit kering bukan lagi masalah!

Wardah Hydra Rose cukup baik untuk mereka dengan masalah kulit kering.

KULIT kering adalah salah satu masalah yang banyak dialami oleh kaum wanita menyebabkan wajah kelihatan tidak bermaya dan kasar.

Kekeringan pada wajah boleh menyebabkan kulit menggelupas dan gatal, jadi penjagaan rapi serta menjaga kelembapannya perlu bagi memastikan kulit kekal sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap, kos pun murah! 5 buah ini mampu buat wajah anda cantik bercahaya

Apa penyebab kepada kulit kering dalam kalangan wanita? Ia boleh disebabkan oleh faktor usia, penggunaan produk yang tidak sesuai, cuaca serta jenis kulit.

Bagi mengelak masalah itu, jenama terkenal Wardah memperkenalkan rangkaian Wardah Hydra Rose di Malaysia dalam usaha mengangkat permasalahan kulit wanita iaitu hidrasi.

Menariknya mengenai produk ini, ia menggunakan bunga ros yang dibawa terus daripada negara Eropah!

Inovasi itu mampu menjaga kelembapan kulit selama 24 jam memandangkan ia mengandungi Avalanche Rose Oil selain Hydrating Active menggunakan teknologi mikro memberikan perlindungan selama 72 jam!



Rangkaian produk Wardah kini berada di Malaysia.

Produk kecantikan halal itu turut menggunakan bunga ros organik yang ditanam di Eropah dan apa istimewanya rangkaian produk ini?

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

1. Wardah Hydra Rose Series memilik dua bahan utama iaitu 72 Hours Hydrating Active dan Avalanche Rose Oil yang memberikan hidrasi dan meningkatkan kandungan air dalam kulit selama 72 jam serta mampu mengunci kelembapan kulit.

2. Kandungan Avalanche Rose oil dalam rangkaian Signature Series Wardah Hydra Rose ini telah melalui proses kajian selama 10 tahun, memberikan manfaat yang sangat baik dalam menutrisi, menjaga kelembapan, dan menenangkan kulit wajah selain kaya dengan antioksidan.

3. 72 Hours Hydrating Active memiliki peranan untuk meningkatkan kandungan Natural Moisturizing Factor (NMF) semula jadi kulit dan memperkuatkan lapisan kulit sehingga air tidak mudah hilang dan mengelakkan dehidrasi.

Rangkaian produk Wardah Hydra Rose ini terdiri daripada Hydra Rose Gel-To-Foam Cleanser, Hydra Rose Petal Infused Toner, Hydra Rose Micro Gel Serum, Hydra Rose Dewy Aqua Day Gel serta Hydra Rose Moisture Rich Night Gel.

Semua rangkaian produk itu boleh didapati di Watson dan Guardian selain dalam talian, Shopee, Lazada dan Zalora.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain