suria

Tempoh berpantang cetus idea bantu kaum hawa kembalikan keyakinan diri... usahawan ini nak taja 10 wanita bermasalah kulit!

Nor Azila Mohamad Azmi mendapat idea menghasilkan produk terbaharunya ketika berpantang.

WANITA ini pernah tular tidak lama dulu apabila rakaman video dirinya tergelincir ketika menunggang kuda dalam keadaan sarat mengandung mendapat perhatian netizen.

Pelbagai reaksi dan pandangan daripada masyarakat dilemparkan kepadanya ketika itu, gara-gara bimbang dengan keadaan dirinya yang sedang hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Unik! Nama 7 wanita Melayu klasik pilihan Nori Elyna, apa kisah di sebaliknya? Ketahui 6 fakta menarik kasut buatan tangan ini untuk tampil bergaya di Aidilfitri

Bagaimanapun, pada Februari lalu, Nor Azila Mohamad Azmi, 36, selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan sihat dan sempurna.

Bergelar sebagai seorang usahawan, Nor Azila atau lebih mesra dengan sapaan CPA memberitahu sepanjang tempoh berpantang, dia merancang pelbagai produk baharu bagi memantapkan lagi perniagaannya.

Adrenalin usahawan yang mengalir dalam dirinya membuatkan dia tidak berdiam diri malah berjaya menghasilkan sebuah produk baharu makanan tambahan, Secret Skinz yang diilhamkan ketika berpantang.



Nor Azila mempunyai hobi menunggang kuda.

Kata Nor Azila, berpengalaman melalui tempoh berpantang, dia menyedari seorang wanita boleh hilang keyakinan sekaligus menjejaskan kehidupan dalam pelbagai aspek termasuklah penampilan diri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Berapa ramai orang yang tidak yakin dengan keupayaan diri disebabkan penampilan mereka? Justeru saya mendapat ilham untuk menghasilkan produk ini bagi membantu mereka yang merasai perkara tersebut.

"Ini kerana kecantikan luaran dan dalaman boleh diikhtiarkan dan salah satunya menerusi pengambilan makanan tambahan yang betul secara konsisten bagi membantu mendapatkan kesan optimum," katanya yang juga pengasas jenama Secret Correa.

Bagi mencapai hasrat itu, Nor Azila memberitahu dia juga bercadang untuk menaja 10 wanita yang mempunyai masalah kulit wajah dan badan kronik dalam usaha mengembalikan keyakinan mereka.

Berpegang kepada prinsip untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat, Secret Correa turut menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat menjadi ejen dan stokis dibawah bimbingan #SCTribe.

“Program yang diadakan secara komprehensif itu mengajar dan memberi panduan bagaimana ejen dan stokis boleh memanfaatkan perniagaan atas talian, iaitu gaya pemasaran paling relevan ketika ini.

“Melalui program pembangunan ejen ini, mereka yang berjaya mencapai sasaran akan dibawa menunaikan ibadah umrah.

“Kenapa umrah, bukan ganjaran seperti barang kemas atau kereta, bagi saya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah adalah momen yang cukup priceless.

Percaya menjadi usahawan berilmu dapat memacu perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi, ibu kepada empat cahaya mata ini turut mempersiapkan dirinya menempuh fasa pengajian ijazah sarjana dalam jurusan pengurusan perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak lama lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain