suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan

Allahyarham Irene Sofiya dikebumikan sekitar 7.50 malam.

JENAZAH pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor selamat dikebumikan pada malam Ahad.

Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad sekitar pukul 7.50 malam.

Jenazah Irene Sofiya atau lebih mesra disapa Fiya sebelum itu disolatkan di rumah neneknya di Kampung Parit Selamat.

Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, jiran, penduduk kampung serta rakan mangsa hadir di perkarangan rumah berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Tingkatan 4 ditemukan berlumuran darah di dewan sekolah, nenek sempat ajar mengucap sebelum meninggal dunia

Sebelum ini dilaporkan Irene Sofiya ditemukan tidak bernyawa di kawasan dewan sebuah sekolah di Yong Peng kira-kira 5.30 petang, Sabtu.

Mangsa dipercayai hadir ke sekolah untuk mengikuti kelas tambahan sebelum ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh neneknya, Jameyah Rabani, 66, bersama rakan mangsa selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah.

Susulan kejadian itu, seorang suspek remaja lelaki berusia 16 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan. 

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 7 malam Sabtu di sekitar Yong Peng oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan sepasang selipar milik suspek bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Lain