EMPAT individu termasuk seorang bayi perempuan maut manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan dua kereta di Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Gerik, pada Ahad.Mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki, seorang wanita dan seorang bayi perempuan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Rais Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.56 tengah hari.Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dikejarkan ke lokasi dan tiba pada 1.42 petang, kira-kira 41 kilometer dari balai berkenaan."Setibanya di lokasi, kami mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori dan dua kereta, dengan dua mangsa terperangkap di dalam salah sebuah kereta."Empat mangsa yang menaiki sebuah kereta disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera," katanya.Beliau berkata, mangsa maut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Sementara itu, mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.Kemalangan dipercayai berlaku ketika kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Gerik.-The Star