suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IPU lebih 180 automatik tutup! Sekolah laksana PdPR, guru dibenar BDR

Sekolah akan ditutup jika bacaan IPU melebihi 180. -Gambar hiasan

SEMUA institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup bermula Jumaat.

KPM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan keputusan itu dibuat susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ketika menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid berikutan keadaan jerebu yang melanda negara.

Menurut KPM, institusi pendidikan di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula akan ditutup bermula Isnin, 12 Oktober.

"Sehubungan itu, bagi melindungi murid dan warga pendidikan daripada terdedah kepada keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan, KPM memaklumkan semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah ditutup bermula Jumaat," menurut kenyataan itu.

Sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang tempoh penutupan.

KPM berkata, pihak sekolah perlu memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran murid melalui kaedah bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

Dalam pada itu, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan di bawah KPM juga diarahkan membuat pemantauan secara berterusan serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya bacaan IPU melepasi paras ditetapkan.

KPM berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan keadaan jerebu dan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan serta agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan terpelihara.

Artikel Lain