suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prihatin kesihatan murid, Agong titah nasihat sekolah terjejas jerebu ditutup

Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid. -Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berpanjangan pada paras antara 150 hingga 180, Seri Paduka Baginda menitahkan menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas ditutup.

Seri Paduka Baginda bertitah, aspek kesihatan dan keselamatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan dan meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memberi perhatian serius terhadap perkara berkenaan.

“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.

“Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Khamis.

Pada Rabu, Johor mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari atas titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri berkenaan.

 

Artikel Lain